ads

Khamis, 30 Januari 2014

10 di kota belud - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kota belud - Google Blog Search


mantan ketua penerangan puteri umno <b>kota belud di</b> arah <b>...</b>

Posted: 25 Jan 2014 04:04 PM PST

Kunjungan Anwar Ibrahim pasca PRU 13 di bumi Kota Belud atas nama penerangan isu-isu terkini Sabah di perkarangan rumah Datuk Yapin Gimpoton di Taginambur Kota belud dalam wilayah N6 Kadaiaman telah mencetuskan polemik politik yang membimbangkan. Ini berikutan kenyataan Mantan Ketua Penerangan Puteri UMNO Kota belud, Saudari Maisarah Meran yang mendAkwa di arah keluar meninggalkan majlis berkenaan sebelum 5 minit Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap.
Arahan meningalkan Majlis berkenaan oleh pihak penganjur dilihat sangat memalukan dan masih terkongkong oleh politik sempit dan menghalang pendemokrasian politik pada jangka panjang di bumi Kota belud ini. Saudari Maisarah Meran bukan sahaja hadir atas kapasiti peribadi, tetapi juga beliau mendakwa ingin melihat DSAI berucap secara berdepan mata. 
Penyokong-penyokong PR di Kota Belud harus sedar dana memahami dari awal perjalanan politik DSAI. Bukankah DSAI adalah mantan Timbalan Presiden UMNO merangkap mantan Timbalan Perdana Menteri sebelum beliau dipecat atas tuduhan salahlaku ada 1998? Justeru itu, adalah tidak mengherankan jika bukan sahaja puluhan malahan ribuan penyokong beliau yang berada dalam UMNO secara senyap memberikan sokongan? Golongan dalam UMNO ini tidak berani secara terang-terangan menyatakan pendirian menyokong DSAI kerana takut dengan pelbagai impak kepada diri dan kerjaya mereka..
Kerana itu tindakan penyokong dan penganjur ceramah DSAI pada Sabtu lepas dilihat tidak adil, penuh kesumat,dan menghalang hak-hak rakyat menghadiri perhimpunan secara aman. Ini bukan sahaja membahayakan kedudukan PR di Kota Belud tetapi juga menimbulkan persepsi negataif di kalangan anak-anak muda "atas pagar" yang mula berjinak-jinak dengan dunia politik.
Soal sama ada Maisarah Meran bertindak sebagai perisik atau agen UMNO seharusnya tidak timbul, kerana dunia masa kini bukan lagi dunia yang gelap maklumatnya, beratus ribu ucapan DSAI boleh dikuti melalui Youtube tanpa sekatan . Justeru adalah tidak wajar menghalang seseorang untuk hadir, sebaliknya PR perlu bersedia secara terbuka menerima kehadiran orang-orang sebegini untuk memberikan mereka input maklumat supaya mereka dapat mempertimbangkannya bukan sebaliknya menghalau dan menghalang.
Ini kenyataan Maisarah Meran dalam FB di Wal Sdr Musli Oli.
mohon maaf pembetulan..pak Musli Oli...mantan ketua penerangan puteri umno bahagian kb..bukan ajk puteri..saya jelaskan di sini..saya hadir ke majlis DSAI itu atas dasar Kapasiti saya sendiri tanpa arahan dari mana2 pihak yg berkaitan dgn Umno atau BN.ini adalah kerana saya ingin mndgr DSAI berucap secara life...kerana sblm ini saya tdk pernah mndgr DSAI brucap secara life..tetapi malangnya selepas gambar saya masuk di dalam fb...saya mendapat arahan bahawa saya diminta utk kluar dari majlis tersebut kerana saya kononnya ada adalah Agen perisik BN..oleh kerana saya tidak ingin ada perkara di luar dugaan saya berlaku maka saya pun keluar dari majlis tersebut..yang menghairankan saya knapa dari awal lagi saya tidak diminta kluar..cuma tinggal mnunggu beberapa minit sahaja lagi DSAI sampai baru saya diarahkan kluar dari tempat tersebut...timbul berbagai persoalannya timbul dlm fikiran saya...salaka saya hadir ke majlis tersebut hanya kerana ingin.mendengar ucapan DSAI secara live..utk memuaskan hati semua pihak..saya tidak mendapat arahan dari siapa2 utk hadir dalam.majlis tersebut..mohon penjelasan...kenapa mesti saya?

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved