10 di tawau - Google Blog Search |
Menteri Kerja Raya diminta Tinjau Jalan Raya <b>di Tawau</b> | Politik Posted: 22 Dec 2013 03:30 AM PST
TAWAU, 22 Dis - Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh hari ini meminta Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof agar meninjau keadaan jalan raya di Tawau dan Kalabakan. Ini kerana katanya keadaan jalan di kedua-dua daerah itu amat daif dan memerlukan perhatian segera daripada kerajaan pusat. Menurutnya jalan yang runtuh di Km 30 Jalan Apas-Balung sejak setahun lalu juga masih belum dibaik pulih. Jangan tunggu dibangkitkan di Parlimen, baru hendak diambil tindakan, katanya kepada Bernama di sini. Mengulas pembangunan di Kalabakan, Abdul Ghapur yang juga Ketua Umno Kalabakan berkata beberapa kawasan di daerah itu akan dibangunkan dengan pelbagai kemudahan. Ini termasuk pembinaan kemudahan rehat dan rawat di persimpangan Luasong, Jalan Kalabakan-Keningau, katanya. |
You are subscribed to email updates from di tawau - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan