10 di lahad datu - Google Blog Search |
Video Ikan 'Terbang' <b>Di Lahad Datu</b> | AIDC Posted: 24 Dec 2013 10:53 PM PST AIDCNews – 25/12/13 – Jika awal tahun ini negara dikejutkan dengan pencerobohan pengganas Kiram di Kampung Tambisan, Lahad Datu, lapor Utusan, namun kali ini penduduk digemparkan pula dengan kejadian aneh beribu-ribu ikan tamban yang terdampar di sepanjang pesisir pantai kampung berkenaan. Kejadian tersebut disedari penduduk kira-kira pukul 8 pagi ini apabila terkejut melihat sepanjang pesisir pantai berkenaan tiba-tiba bertukar warna 'putih' ekoran kehadiran ikan spesies laut dalam itu. Walau bagaimanapun, keadaan panik itu hanya sekejap sahaja apabila situasinya bertukar menjadi pesta dengan penduduk beramai-ramai mengambil kesempatan 'memunggah' ikan itu ke daratan. Difahamkan ikan tamban amat popular dalam kalangan nelayan dan penduduk sekitar, malah merupakan antara ikan utama yang dijual di pasar pada harga antara RM3 dan RM5 sekilogram. Menurut sumber Jabatan Meteorologi dilaporkan hmetro.com.my, fenomena itu adalah yang pertama kali berlaku di kawasan itu dan menafikan dakwaan bakal berlaku tsunami. Bagaimanapun, pihaknya akan memantau situasi berkenaan dan orang ramai dinasihati supaya tidak panik kerana tiada sebarang petanda berlaku tsunami dikesan ketika ini. Semalam, jabatan terbabit mengesahkan berlaku kejadian gempa bumi berukuran 5.7 skala Ritcher di kepulauan Mariana pada jam 5.12 petang yang berpusat di timur laut Tagum,Filipina, kira-kira 2,842 kilometer dari timur laut Kinabatangan, Sabah. |
You are subscribed to email updates from di lahad datu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan