ads

Rabu, 25 Disember 2013

10 di lahad datu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


Ikan terdampar <b>di Lahad Datu</b> bukan kerana gempa bumi

Posted: 25 Dec 2013 12:01 AM PST

KOTA KINABALU: Jabatan Meteorolgi Malaysia tidak mengesan sebarang pergerakan kerak bumi di sekitar Lahad Datu, yang dikaitkan dengan fenomena ribuan ikan tamban terdampar di pantai Kampung Tambisan Tungku, pagi Selasa.

Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Sabah Abdul Malek Tussin berkata berdasarkan sistem amaran awal tsunami, keadaan dasar laut di kawasan berkenaan juga seperti biasa.

Bagaimanapun jabatan ini tetap memantau pergerakan kerak bumi terutama di dasar laut di kawasan terbabit, katanya kepada Bernama di sini Rabu.

Sementara itu Pengarah Jabatan Perikanan Sabah Datuk Rayner Stuel Galid berkata kejadian tersebut merupakan kali pertama berlaku di Sabah.

"Selalunya ikan tamban ini berada di tengah laut, jarang di tepi pantai," katanya.

Beliau berkata pihaknya telah menghantar pegawai ke kawasan berkenaan bagi melakukan siasatan.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Supt Mat Shamsuddin pula berkata pasukan keselamatan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk bencana alam.

Dalam kejadian 8 hingga 9.30 pagi itu, ribuan ikan tamban seolah-olah naik ke darat dan menarik perhatian masyarakat setempat dengan ada antara mereka menganggap fenomena tersebut sebagai petanda bencana alam seperti tsunami.

kejadian ikan naik ke darat <b>di</b> kpg tambisan darat <b>lahad datu</b>

Posted: 24 Dec 2013 05:23 AM PST

Kejadian ikan naik ke darat di Kampung Tambisan Darat Lahad Datu Sabah bukan petanda "tsunami"

ikan naik darat sabah kejadian ikan naik ke darat di kpg tambisan darat lahad datu

KEJADIAN IKAN NAIK KE DARAT DI KPG TAMBISAN DARAT LAHAD DATU

Kebarangkalian musim "ikan tamban" yang banyak di pesisir pantai dekat Kampung Tambisan Darat Lahad Datu Sabah, merupakan salah satu faktor yang menyebabkan ribuan spesis ikan berkenaan "naik" dan terdampar di darat

Bagaimana pun fenomena yang dikatakan jarang itu berlaku itu telah mengemparkan penduduk sekitar

Malah ada yang meramalkan kejadian berkenaan membawa petanda tertentu, itu kata orang kampung

Kejadian itu dikesan berlaku pada pagi Selasa tadi turut membuat penduduk mengambil kesempatan mengaut "rezeki" ribuan ikan tamban yang terdampar di pesisir pantai kampung terbabit

Mengulas lanjut tentang fenomena itu, orang ramai dinasihatkan tidak mempercayai khabar angin yang mengaitkan perkara tersebut yang dikatakan berkait rapat sebelum dengan kejadian "Tsunami" beberapa tahun lalu yang melanda Aceh, Indonesia

ikan naik darat sabah 1 kejadian ikan naik ke darat di kpg tambisan darat lahad datu

Sementara itu, menurut ketua Kampung di Tanjung Labian, kejadian tersebut tidak dianggap "pelik" berikutan spesis ikan berkenaan memang banyak di bulan ini dan tidak mustahil ikan tamban itu akan melompat-lompat naik ke pesisir pantai

Dalam pada itu, cuaca di Lahad Datu adalah baik buat masa sekarang dan merujuk kepada Jabatan Meteorologi, fenomena itu adalah yang pertama kali berlaku di kawasan itu dan menafikan dakwaan bakal berlaku tsunami

Bagaimana pun, pihak Jabatan Meteorologi akan memantau situasi berkenaan dan orang ramai dinasihati supaya tidak panik kerana tiada sebarang petanda berlaku tsunami dikesan ketika ini

Video ikan tamban naik ke darat di Kg Tambisan Lahad Datu, Sabah 24 Disember 2013

Informasi ini disiarkan pada 24.12.2013, Selasa

Fenomena ikan Tamban naik sendiri ke darat <b>di Lahad Datu</b> <b>...</b>

Posted: 10 Dec 2013 12:00 AM PST

SubhanAllah, banyaknya ikan naik sendiri kedarat.

Kejadian dikatakan berlaku di Tambisan, Lahad Datu.

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi telah mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora dikawasan Laut China Selatan :

Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora.

Angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak yang diramalkan sejak Selasa lepas dijangka berterusan ke hari ini.

Jabatan Meteorologi dalam kenyataan di sini berkata angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dijangka berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Johor dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter.

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj juga dijangka berlaku di perairan Sabah (pedalaman, pantai barat dan Kudat), Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.

Kedua-dua keadaan ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan, bot-bot kecil, rekreasi laut dan pantai termasuk menangkap ikan, perkhidmatan feri dan sukan laut.

Menurut kenyataan itu, amaran ribut petir menyeluruh dijangka berlaku di kawasan perairan Terengganu, Pahang, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak dan dijangka berterusan sehingga awal malam hari ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved