ads

Rabu, 25 Disember 2013

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


10 Tempat Menarik <b>Di Kota Kinabalu</b>-1 - Jomlahcuti.com

Posted: 11 Dec 2013 08:10 AM PST

Kota Kinabalu (atau lebih dikenali sebagai "KK") dahulunya dikenali sebagai Jesselton, ialah ibu negeri Sabah yang terletak di Malaysia Timur. Ia juga merupakan pusat pemerintahan bagi Pantai Barat negeri Sabah. Bandar ini terletak di pantai barat laut Borneo menghadap Laut China Selatan. Gunung Kinabalu, yang memberikan bandar ini namanya, berada berdekatan KK, sementara Taman Tunku Abdul Rahman, kawasan perlindungan kehidupan liar, terletak di sini. Sehingga tahun 2010, Kota Kinabalu mempunyai kira-kira 452,058 orang penduduk manakala kawasan daerah Penampang yang juga meliputi kawasan bandar ini mempunyai kira-kira 176,667 orang. Jika dijumlahkan, jumlah populasi metro adalah 628,725.

(sumber : wikipedia)

Bagi anda yang bercadang untuk berkunjung ke sabah, di sini disenaraikan 10 tempat menarik yang harus dilawati sekiranya anda berkunjung ke negeri di bawah bayu ini. Antaranya adalah :

#1-  KINABALU PARK

tempat menarik di kota kinabalu-1

Kinabalu Park terletak di kawasan kaki bukit Gunung Kinabalu, sekiranya anda berkunjung ke sini anda dapat melihat puncak Gunung Kinabalu dari jarak jauh. Kawasan di sini sangat dingin dan berkabus. Anda boleh berjalan kaki atau menaiki kenderaan sendiri. Di sini juga terdapat sebuah kedai yang menjual hasil kraftangan, pelbagai produk teh sabah dan juga cenderamata untuk dibawa pulang.

#2-    KAMPUNG BUDAYA

tempat menarik di kota kinabalu-2

Kampung budaya Sabah terletak di Muzium Negeri Sabah. Di sini anda akan dapat lihat kepelbagai rumah tradisional daripada pelbagai kumpulan etnik suku kaum Sabah. kegiatan kebudayaan juga turut di adakan dari semasa ke semasa. Anda juga boleh melihat jenis-jenis pakaian masyarakat etnik Sabah yang pelbagai.

#3- TAMU PENAMPANG

tempat menarik di kota kinabalu-3

Tamu penampang adalah pasar yang menjual pelbagai hasil tanah negeri Sabah seperti buah-buahan tempatan, kraftangan, hasil laut, makanan tradisional Sabah dan cenderamata untuk dibawa pulang. Di tamu ini anda dapat lihat buah-buahan tempatan negeri sabah yang mungkin tidak pernah anda ketahui sebelum ini. Malah harganya juga sangat murah.

#4- LOK KAWI WILDLIFE PARK

tempat menarik di kota kinabalu-4

Terletak di Penampang Sabah, perjalanan 30 minit dari Kota Kinabalu untuk sampai ke sini. Terdapat pelbagai haiwan unik yang boleh anda lihat seperti Kuda Padi, Orang Hutan, Harimau dan Selembu (kacukan seladang dan lembu). Berjalan kaki mengelilingi tempat ini dan melihat haiwan-haiwan yang ada dengan lebih dekat sememangnya sangat menarik, tetapi juga sangat memenatkan. Anda juga boleh melihat pertunjukkan haiwan di sini oleh mereka yang professional.

#5- MUZIUM SABAH

tempat menarik di kota kinabalu-5

Muzium ini terletak di Bukit Istana Lama Di Kota Kinabalu. Di muzium ini terdapat taman etnobotani, zoo dan juga sebuah kampong warisan Sabah. Muzium ini menyimpan pelbagai sejarah Sabah yang telah lama diterokai dan masih dikaji sehingga kini.

Ok itu Saja Kali ini… Aik.. ! Mana lagi lima.. Tajuk kata sepuluh tadi…? Lagi lima kita sambung lagi ya artikel akan datang.. Heheh.. Jika Tidak keberatan Share & Like Artikel ini untuk kami dan sampaikan kepada mereka yang memerlukan..

Untuk mereka yang merancang untuk bercuti ke Kota Kinabalu Boleh Semak Harga DISINI dan lihat di kategori Negeri Sabah. :)


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved