Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) melancarkan pembukaan rasmi cawangan bilik pameran ke-6 di Keningau Sabah semalam (16 Disember 2013).

"Melalui pembukaan bilik pameran di Keningau ini, syarikat berharap dapat memperluaskan lagi perniagaan di samping memberikan perkhidmatan terbaik buat pelanggan Nissan di Sabah," kata Pengarah Eksekutif ETCM, Datuk David Chen.

Bilik pameran yang terletak di lokasi strategik di tengah-tengah bandar Keningau mempamerakan tiga model terlaris Nissan iaitu Almera, Grand Livina dan Navara yang dipertingkatkan.

Sebagai membuktikan komitmen ETCM dalam mengembangkan perniagaan, ETCM kini memiliki 73 buah cawangan dan 24 pengedar di seluruh Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai model keluaran Nissan, hubungi ETCM di talian bebas tol di 1800-88-8368 atau layari laman web www.nissan.com.my.