ads

Isnin, 11 November 2013

10 di semporna - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


Serang polis: Dua penjenayah cedera ditembak <b>di Semporna</b> | The <b>...</b>

Posted: 04 Nov 2013 02:12 AM PST

November, 4, 2013 - 6:12 pm

TAWAU: Dua penjenayah cedera ditembak kerana cuba menyerang anggota polis dengan senjata tajam dalam dua kejadian berasingan di Semporna dekat sini awal semalam.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata kejadian pertama berlaku pada 3 pagi di kawasan perumahan Semporna Central membabitkan seorang lelaki tempatan berumur sekitar 20-an ketika sepasukan polis menjalankan operasi cegah jenayah.

"Ketika operasi, suspek dilihat dalam keadaan mencurigakan. Tiba-tiba suspek mengeluarkan pisau rambo dan cuba menyerang anggota polis menyebabkan polis melepaskan tembakan dan terkena bahu suspek," katanya ketika dihubungi di sini.

Dalam kejadian kedua kira-kira tiga jam kemudian di pekan Semporna, Hamza berkata seorang lelaki tempatan ditembak di betis selepas cuba menyerang polis dengan gunting.

Beliau berkata kedua-dua suspek ditahan dan dihantar ke Hospital Tawau untuk rawatan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved