ads

Selasa, 12 November 2013

10 di penampang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


Bekalan elektrik <b>di Penampang</b> dan Putatan pulih semula | The <b>...</b>

Posted: 07 Oct 2013 04:19 PM PDT

October, 8, 2013 - 7:19 am

KOTA KINABALU Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) mengambil tindakan segerabagi memulihkan semula bekalan elektrik di beberapa kawasan sekitar Penampang dan Putatan ekoran hujan dan angin kencang awal semalam.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB Ahmad Fuad Md Kasim berkata dianggarkan hampir 1,000 pengguna terputus bekalan elektrik selama beberapa jam akibat kejadian itu.

"Keutamaan pemulihan bekalan elektrik ini tertumpu kepada kawasan-kawasan yang mempunyai risiko keselamatan kepada pengguna elektrik yang lain," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Fuad berkata pemeriksaan juga mendapati terdapat beberapa tiang dan talian elektrik milik SESB mengalami kerosakan dan perlu diperbaiki atau diganti dengan pemasangan baharu.

"Kefahaman pengguna mengenai perkara ini amat dihargai dan segala kesulitan amat dikesali," katanya.

Para pengguna digalakkan segera menghubungi talian Hotline 15454 ataupun 088-515000 SESB sekiranya bekalan elektrik di kawasan mereka terputus.

Kejadian hujan dan angin kencang yang melanda kawasan berkenaan sejak awal hari ini mengakibatkan terdapat pokok tumbang dan menimpa talian elektrik milik SESB.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved