ads

Jumaat, 1 November 2013

10 di kinabatangan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kinabatangan - Google Blog Search


15/8/2013: Lelaki Maut Ditikam <b>Di Kinabatangan</b> | BERITA EHWAL <b>...</b>

Posted: 15 Aug 2013 01:26 AM PDT

Seorang lelaki maut ditikam manakala suspek ditembak mati dalam kejadian bunuh pada majlis perkahwinan di Kampung Koyah B, Paris 3, Kinabatangan.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan DSP Martin Lugu berkata, mangsa, Agus Jamal 33-tahun sementara suspek dikenali sebagai Andis Tawan 40-tahun.

DSP Martin berkata, polis bergegas ke tempat kejadian untuk menahan suspek yang kemudian bertindak menyerang anggota polis menggunakan pisau.

Bagi mempertahankan diri, pihak polis telah melepaskan tembakan mengakibat suspek mati di tempat kejadian.

Turut ditemui sarung pisau dan tiga paket plastik kecil mengandungi hablur lutsinar disyaki dadah jenis syabu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sesiapa yang melihat dan mempunyai maklumat, diminta menghubungi Pejabat Polis Daerah Kinabatangan di talian 089-561890 bagi membantu siasatan.

~FLA (dman/ST/wn)

~mdre

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved