ads

Jumaat, 1 November 2013

10 di keningau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


Jumlah yang hadir pada majlis PM <b>di Keningau</b> 20 ribu orang <b>...</b>

Posted: 25 Apr 2013 06:18 AM PDT

Hairan, sungguh menghairankan! Pagi tadi selepas selesai sidang akhbar di salah sebuah hotel di  Tanjung Aru, seorang wartawan dari Semenanjung didatangani beberapa wartawan lain juga dari Semenanjung  bertanyakan sesuatu tentang Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Keningau kemarin ( 24hb April 2013) yang dihadiri Perdana Menteri. Ketara, mereka tidak hadir disana.

Apa yang ditanya? Tentang jumlah kehadiran.

Wartawan yang bertanya, " Betulkah jumlah yang hadir 20 ribu orang?" Wartawan yang ditanya pula menyoal balas, " Siapa yang bagitau?" Wartawan bertanya memberitahu, " Yang lain cakap macam tu."

Wartawan yang ditanya memberitahu angka anggaran, " Yang datang sebenarnya dalam empat ribu lebih atau lima ribu orang."

Anggaran itu memang betul sebab saya juga berada disana. Brrrr…Siapa pula yang mengada-ngada melebih-lebihkan jumlah tu? Samada tidak tahu mengira, menganggar atau …jeng jeng jeeenggg!

Jika angka disebut dalam laporan mereka, maka jadilah ia suatu laporan tidak bertanggungjawab. Jika tidak tahu menganggar, maka disarankan wartawan berkenan yang melebih-lebihkan jumlah yang kemudiannya menyebarkan pada yang lain agar menghadiri kursus menganggar kepala orang.

Jika wartawan berkenan tahu menganggar tetapi sengaja membesar-besarkan angka, maka, inilah contoh wartawan JAHANAM yang boleh MENJAHANAMKAN negara!

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved