ads

Jumaat, 11 Oktober 2013

10 di tawau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


Anggota polis ditikam suspek kes pecah rumah <b>di Tawau</b> - Mykmu.net

Posted: 11 Sep 2013 02:58 AM PDT

September 11, 2013   ·   1 Comments

pdrm

TAWAU: Seorang Sarjan polis cedera selepas ditikam dengan keris oleh seorang suspek kes pecah rumah di Felda Umas 4 di sini.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah berkata kejadian berlaku kira-kira 12 tengah hari ini ketika anggota berkenaan bersama tiga rakan yang lain cuba menangkap suspek di hadapan sebuah kedai koperasi.
"Semasa pergelutan itu, suspek menikam mangsa beberapa kali sehingga dia mengalami kecederaan di siku, lutut, jari dan perut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bagaimanapun polis berjaya memberkas suspek dan merampas sebuah komputer riba serta motosikal daripadanya yang disyaki dicuri.

Dalam perkembangan lain, Awang Besar berkata polis memberkas sembilan orang pendatang tanpa izin di tiga lokasi semalam.

Mereka ditahan dalan sekatan jalan raya di Jambatan Putih, Jalan Kuhara dan Jalan Apas.

Seramai 12 individu termasuk seorang penjawat awam yang positif dadah turut ditahan dalam operasi itu, katanya. – BERNAMA

By


BN Kekal <b>Di Tawau</b>, Petisyen PKR Ditolak | Politik - Rakyat News

Posted: 14 Sep 2013 03:59 AM PDT

alt

KUALA LUMPUR 14 Sept - Petisyen membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang difailkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi parlimen Tawau ditolak Mahkamah Pilihan Raya lantas mengekalkan Barisan Nasional (BN) sebagai pemerintah kawasan tersebut.

Keputusan dibuat oleh Hakim Supang Lian selepas mendapati daftar pemilih yang dicabar pempetisyen telah disahkan mahkamah mengikut Seksyen 9A Akta Pilihan Raya.

Tambah Supang, bantahan seharusnya dilakukan pada tempoh bantahan selepas daftar pemilih diwartakan.

Petisyen difailkan oleh Datuk Kong Hong Mong dari PKR pada 12 Jun lalu di Mahkamah Tinggi Tawau mencabar keputusan PRU13 yang dimenangi oleh Datuk Mary Yap Kain Ching dari BN.

Kong didalam petisyennya meletakkan empat responden dengan Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai responden pertama, Pegawai Pilihan Raya Negeri Sabah sebagai responden kedua manakala Pengurus Pilihan Raya dan Ahli Parlimen Tawau Datuk Mary sebagai responden ketiga dan keempat.

Mahkamah kemudiannya memutuskan supaya Kong membayar kos kepada keempat-empat responden RM30,000 setiap satu.

Pada PRU13 lalu, BN menang dalam pertandingan empat penjuru dengan kutipan undi 21,331 mengatasi PKR yang memperoleh 16,352 undi

 

Last Updated on Saturday, 14 September 2013 16:54

Konsulat Indon <b>di Tawau</b> mahu bawa lebih ramai ahli perniagaan ke <b>...</b>

Posted: 03 Oct 2013 05:11 AM PDT

October, 3, 2013 - 8:11 pm

logo-EXPOTAWAU: Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau berhasrat membawa lebih ramai ahli perniagaan dari Tawau ke Jakarta bagi meneroka lebih dekat potensi sektor industri sempena pameran perdagangan, 'Trade Expo Indonesia' (TEI) ke-28 pada 15-20 Okt ini.

Ketua Perwakilan Konsulat Republik Indonesia di Tawau Muhammad Soleh berkata rombongan yang diatur pejabat konsul itu buat kali kedua untuk usahawan dari Tawau itu diharap dapat membuka lebih banyak jalinan kerjasama dengan ahli perniagaan di Indonesia untuk faedah kedua-dua belah pihak.

Beliau berkata semasa di Jakarta, ahli-ahli perniagaan atau penggiat ekonomi dari Tawau akan diatur untuk bertemu dengan kelompok sama di Indonesia bagi memudahkan jalinan kerjasama itu.

"Mengikut statistik TEI ke-27 tahun lepas, Malaysia dikenal pasti sebagai negara kedua tertinggi yang berurus niaga di sepanjang pameran itu berlangsung dan kita harap statistik ini akan meningkat lagi pada tahun ini.

"Kita harap kali ini, kita boleh membawa anggota rombongan yang lebih besar berbanding 17 orang pada tahun lepas," katanya semasa mempengerusikan majlis makan tengah hari peniagaan TEI di sini hari ini. Majlis berkenaan dihadiri pegawai-pegawai kanan KRI Tawau, ahli perniagaan serta persatuan perniagaan di daerah ini.

Mohammad berkata ahli-ahli perniagaan dari Tawau perlu mengambil peluang berkenaan bagi memperluas dan mengembangkan bidang perniagaan atau perusahaan yang mereka jalankan melangkaui sempadan kedua-dua negara.

Katanya banyak manfaat yang dapat dicapai sekiranya hubungan perdagangan kedua-dua negara khususnya di Tawau dan wilayah Indonesia yang berhampiran diwujudkan melalui pengukuhan hubungan ekonomi dan keakraban Malaysia-Indonesia.

"Perkara ini selaras dengan hasrat kita untuk memperkenalkan ahli-ahli perniagaan di sini terhadap situasi perniagaan dan perdagangan di Indonesia sekaligus merealisasikan misi untuk melihat daerah Tawau turut tersenarai di dalam kalendar ekonomi dunia," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved