10 di kota belud - Google Blog Search |
- Pemilihan Umno <b>Kota Belud</b>: Ramai Calon Tidak Mengukur Baju <b>Di</b> <b>...</b>
- Kelapa Mawar: TOLAK PEMIMPIN NAIK DENGAN KEKUATAN <b>...</b>
- lawatan kerja timbalan menteri petanian malaysia <b>di kota belud</b>
Pemilihan Umno <b>Kota Belud</b>: Ramai Calon Tidak Mengukur Baju <b>Di</b> <b>...</b> Posted: 21 Sep 2013 10:22 PM PDT PESTA DEMOKRASI dalam Pemilihan Parti bulan depan, mengundang berbagai macam calon yang turut bertanding, namun mereka GAGAL mengukur BAJU di badan sendiri. Kelihatan ada diantara calon-calon itu, berpakaian longgar, ketat, malah kelihatan seperti baju pinjaman. Tidak salah maju ke depan untuk bertanding, kerana amalan demokrasi dalam parti, apatah lagi perubahan sistem pemilihan parti yang memansuhkan kuota pencalonan. Namun, kena juga tanya diri sendiri, apa matalamat dan tujuan pencalonan/pertandingan itu? Memang digalakan berlakunya transformasi dalam parti, ertinya, parti memerlukan pemimpin yang mampu membawa parti ke pucak keboleh percayaan ahli khasnya dan rakyat umumnya; namun apabila ada calon-calon yang menawarkan diri, tidak kelihatan mempunyai dimensi ke arah itu, tujuan dan visi transformasi dalam parti itu, tidak akan tercapai. Memang sungguh menggalakkan melihat ramainya penyertaan dalam pertandingan merebut berbagai jawatan yang disediakan oleh parti baik Bahagian, Wanita, Pemuda mahupun Puteri, namun, kita perlu ingat, kualiti individu yang bertanding itu, apa kah tergolong dalam kategori "pemimpin" yang boleh memertabatkan parti? Sayang, melihat kepada senerai mereka yang bertanding di semua peringkat, hanya satu-dua daripada calon-calon itu mempunyai itegriti, ketelusan, kemampuan, mempunyai wawasaan ke depan, namun sebahagian besarnya, adalah mereka yang 'kaki projek"; mahu mendapatkan tempat dalam parti, demi memperlancar tujuan pribadi. Jangan lupa, rakyat majoriti melihat Umno daripada luar, jangan seperti katak bawah tempurung. Kelangsungan Umno kini dan selamanya, perlu dizahirkan melalui transformasi kepimpinan, ertinya kepimpinan yang mampu mengubah mindset ahli, rakyat baik secara mikro mahupun makro. Kalau lah parti hanya mampu menzahirkan pemimpin yang "kaki projek" dan huluran kerajaan; perkara ini, boleh meruntuhkan parti; kerana rakyat majoriti yang menentukan sokongan pada pilihanraya umum, melihat; mengapa kita sokong mereka-mereka yang hanya punya agenda pribadi? Tidak dinafikan, sejak sekian lama, Umno Kota Belud, hanya mahu melahirkan pemimpin-pemimpin seperti itu; dan kini, keputusannya tidak akan jauh berbeza, kerana senarai calon-calon yang mendaftar diri sebagai calon-calon, mempunyai kualti yang demikian. Sayang mereka-mereka yang mempunyai kualti, tidak berani maju ke depan, kerana mungkin, pemimpin-pemimpin ini, memegang prinsip, memimpin tidak semestinya dikejar, memimpin perlu diberikan amanah untuk memimpin. Namun dalam senario sekarang, cara itu sudah ketinggalan zaman. Cara sekarang, adalah siapa yang berani ke depan, itulah yang dikatakan pemimpin, dengan tanpa melihat sosok tubuh seseorang itu. Malah, menjadi pemimpin, adalah sesuatu yang boleh dibeli seperti barangan lambak di pasar-pasar raya. Pada PRU-13 lalu, rakyat majoriti telah membuat keputusan, memberi kepercayaan kepada calon parti untuk menang dengan cemerlang; namun mengapa kita ahli Umno tidak mahu akur dengan keputusan majoriti itu? Ahli parti hanya 1/3 daripada jumlah pengundi secara keseluruhan; pun demikian, kita masih menolak pilihan majoriti; kerana mengatas namakan demokrasi, maka kita maju menentang pililhan majoriti itu, dengan "baon" tanpa mengukur baju di badan sendiri. OKB, bukan ada kecenderungan untuk tidak melihat berlakunya pertandingan di Peringkat Tertinggi Bahagian mahupun Timbalannya; namun hakekat perlu diterima, calon-calon yang menawarkan diri itu, adalah pilihan rakyat majoriti rakyat Kota Belud. Sebenarnya kita malu dengan penduduk Tuaran, ahli mereka yang bertanding di Parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Dahalan, diberi laluan Menang Tanpa Tanding bagi kedudukan Timbalan Ketua Bahagian; kerana mereka melihat, rakyat Kota Beludpun memberi kepercayaan kepada beliau, mengapa kita di Tuaran tidak pula? Datuk Dr Salleh Tun Said dan Datuk Musbah Jamli yang menawarkan diri bertanding kedudukan Ketua Bahagian dan Timbalan, adalah pilihan rakyat majoriti Kota belud; dan itu telah disahkan melalui pilihanraya. sebaiknya, kita menghormati, keputusan majoriti; bukannya menolaknya, kerana prinsip bebas bertanding, dengan laungan demokrasi dalam parti yang amat subur. Kita sebagai ahli parti, perlu memperluas minda, dan perlu mengambil perasaan majoriti, dalam proses demokarsi dalam parti. Rakyat majoriti sudah tentu melihat, bahawa para ahli seolah-olah memperlekeh keputusan majoriti; kerana ada ahli-ahli parti yang mengambil keputusan untuk menidakkan pilihan rakyat majoriti. Jangan lah berbangga diri, kerana menjadi calon menentang pilihan majoriti rakyat, kerana rakyat majoriti melihat, bahawa semuanya itu mempunyai "tujuan" tertentu. Melalui pertandingan/pemilihan bahagian ini, memang berlaku pesta demokarsi; namun yakinlah, mereka yang dipilih oleh majoriti rakyat, akan terus dapat mempertahankan jawatan; demi membela selain ahli juga rakyat umum lainnya. Sesuatu perlu diambil iktibar pada pemilihan Umno Kota belud, secara umumnya, calon-calon yang menawarkan diri, mahu merebut kedudukan daripada calon pilihan rakyat; bukannya bertujuan untuk kepentingan parti dan rakyat; akan tetapi lebih menjurus kepada agenda pribadi. |
Kelapa Mawar: TOLAK PEMIMPIN NAIK DENGAN KEKUATAN <b>...</b> Posted: 18 Aug 2013 05:24 PM PDT 'Baju Melayu Berbutang Lima, Ada Juga Berbutang Suasa, Orang Melayu Jangan Lupa, Hilang Kuasa Hilang Semua'- Dr Rais Yatim AMT UMNO mengingatkan perwakilan bahawa musuh utama parti bukanlah keinginan seseorang untuk bertanding atau mencabar penyandang tetapi musuh utama UMNO adalah politik wang. Begitu lama UMNO bergelumang dengan skandal politik wang, sudah berapa lama ia berlaku? dan sudah berapa ramai pemimpin yang didapati terlibat yang kemudiannya diambil tindakan oleh lembaga displin parti? Namun nampak gayanya ia tidak memberi 'ancaman' kepada pemimpin yang menggunakan kekuatan poket untuk dipilih perwakilan. Di Kota belud, tidak ada siapa yang dapat menafikan bahawa gejala politik wang juga berlaku dalam pemilihan parti itu. Sehingga akhirnya para perwakilan menjadikan pemilihan Bahagian sebagai pesta mengumpul 'angpau'. Setiap kali pemilihan, wang akan berjalan dan ia sangat mempengaruhi pemilihan pemimpin di Kota Belud. Fenomena kelabu asap ini jika tidak dibendung lebih awal akan menimbulkan impak memanjang yang tragis dan memilukan. UMNO KB bukan sahaja akan kehilangan sinar dan bakat pemimpin muda atau pelapis, malah ia akan turut mewujudkan situasi tumpul di kalangan orang muda. Akibatnya generasi baru akan kurang berminat menyertai parti itu diperingkat cawangan hatta akan memandang sinis kepada kepimpinan yang naik atas faktor "poket" dan bukannya kelayakan yang sebenar menjadi pemimpin. Ulasan Tun Mahathir sangat relevan untuk kita renungi: "Para pemimpin UMNO mesti komited membersihkan imej parti daripada tuduhan penyelewengan dan amalan 'cantas' sekiranya ingin menarik sokongan golongan muda serta profesional.Tun M berkata, segelintir individu menyertai UMNO semata-mata untuk kepentingan peribadi , amalan 'cantas' juga sering berlaku apabila pihak yang tidak dicalonkan untuk jawatan yang diingini berusaha menjatuhkan lawan mereka. "Pada pandangan saya, bukan UMNO yang bermasalah tetapi mereka yang menguruskannya," Para perwakilan digesa mengubah paradgima politik dengan tidak membenarkan langsung politik bercirikan wang mengambil tempat dalam pemilihan kali ini. Pengorbanan ini adalah sangat dituntut untuk memastikan tidak ada lagi pemimpin recycle yang berjaya menduduki singahsana atas faktor wang ringgit. Budaya mendapatkan undi dengan cara menabur wang ringgit wajar dihentikan. Bertarunglah dengan umpama panglima berada di padang yang rata berbekalkan ilmu di dada. Selamat bersidang! |
lawatan kerja timbalan menteri petanian malaysia <b>di kota belud</b> Posted: 28 Aug 2013 05:45 PM PDT Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani(MOA)Malaysia Datuk Haji Tajuddin Abdul Rahman di Kota Belud, Tajuddin berkata, Kota Belud merupakan pengelur padi yang utama di Sabah dan bagi memperkasakannya lagi usaha dalam industri padi, daerah ini dipilih untuk melasanakan projek EPP 11 dalam program ETP di bawah NKEA pertanian i Katanya, 5,000 hektar daripada 10,000 hektar tanah sawah disasarkan untuk penanaman padi secara komesial buat masa ini. "Hasil Purata pengeluaran dijangka akan meningkat dari 2.5-3.5 tanmetrik bagi perhektar semusim kepada 8,5 tan metrik/hektar semusim menjelang tahun 2020 sebaik sahaja segala prasarana yang melibatkan pelbagai kemudahan yang diperlukan untuk memajukan Jelapang Padi Sabah, Kota Belud," katanya kepada media selepas Majlis Rama Mesra Pemimpim bersama peserta projek padi NKEA EPP11 Kota Belud di Dawan Datuk Musbah Kampung Taun Gusi, di sini, baru-baru ini. Turut hadir Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan SabahDatuk Musbah Jamli, Penolong Pegawai Daerah Kota Belud(pentadbiran)Peter Jiton, kaki tangan kerajaan negeri dan persekutuan dan 224 orang penerima intensif NKEA EPP11. Tajuddin buat julung kalinya mengadakan lawatan kerja di Kota Belud sempat melihat perkembangan projek NKEA EPP-11 bersama Wakil Rakyat Tempasuk Datuk Musbah Jamli dan rombongan Terdahulu dari itu Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani(MOA) Malaysia itu berkenaan menyampaikan sebanyak RM537,410.60 kepada 224 orang penerima Insentif NKEA EPP11. |
You are subscribed to email updates from di kota belud - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan