ads

Rabu, 30 Oktober 2013

10 di sandakan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


Kancil 8349: Bercuti <b>Di Sandakan</b> : Rumah Agnes Keith

Posted: 06 Oct 2013 05:30 PM PDT

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.
Sebelum ini, Kancil ada cerita mengenai beberapa tempat di Sandakan. Kali ini, Kancil membawa rakan – rakan blogger ke tempat bersejarah yang wajib korang kunjungi. Tentu korang kenal siapa itu Agnes Newton Keith. Kalau yang tidak tahu tidak mengapa. Jom kita kenal siapa dia. Dia merupakan seorang penulis buku wanita yang tinggal di Sandakan. Beliaulah yang memberi nama gelaran Negeri Sabah sebagai Land Below The Wind.
Selain itu, beliau ada menulis buku bertajuk Three Came Home yang menceritakan pengalaman beliau bersama anak lelakinya ditawan oleh tentera Jepun. Mereka telah dipindahkan dari Sandakan ke Sarawak. Buku ini pernah difilemkan pada tahun 1950. Disebabkan sumbangan beliau, sebuah rumah kayu tempat kediaman beliau dijadikan tempat bersejarah. Ia terletak di Jalan Istana di atas bukit berhampiran dengan bandar Sandakan.
Rumah ini dipanggil dengan nama Newlands. Buku yang menaikkan nama negeri Sabah dan nama beliau ialah Land Below The Wind pada tahun 1939. Ia telah terkenal sehingga sekarang dan di dalam  buku tersebut menceritakan lebih jelas mengenai kehidupan masyarakat tempatan pribumi Sabah serta keindahan alam semulajadi semasa pemerintahan British. Rumah kayu ini merupakan tempat pegawai konservasi hutan iaitu Hanry George Keith.
Pada tahun 1952, pasangan Keith telah meninggalkan Sabah dan pegawai yang terakhir tinggal di dalam rumah ini ialah Tom Bayles pada tahun 1968. Setelah dikosongkan, pelbagai kerosakan telah berlaku oleh binatang bisa dan penagih dadah. Menurut sumber, pernah seorang penagih dadah mati di dalam rumah tersebut. Pada tahun 2001, pihak Muzium Sabah telah menyelamatkan rumah tersebut dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan.
Jika kita masuk ke dalam rumah, kita akan merasa berada di zaman penjajahan British. Memang cantik dan ada tempat – tempat tertentu di dalam rumah ini agak menyeramkan. Seperti di dalam bilik tidur. Di sini, kita dilarang mengambil gambar. So Kancil ndak dapat kongsikan sesuatu di dalam rumah tersebut. Namun memang cantik. Ada tv, peti sejuk dan banyak lagi. Kalau nak tahu, jomlah singgah ke Sandakan.
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved