ads

Jumaat, 4 Oktober 2013

10 di penampang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


Dompok Yakin <b>Penampang</b> Kekal Milik BN - MyNewsHub

Posted: 02 May 2013 12:19 AM PDT


PENAMPANG – Selepas 10 hari berkempen, Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Tan Sri Bernard Giluk Dompok menyatakan keyakinan bahawa kerusi Parlimen Penampang dan dua kerusi dewan undangan negeri (Dun) di bawahnya akan kekal milik Barisan Nasional (BN) selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13), Ahad ini.

Beliau berkata keyakinan itu berasaskan kepada sokongan tidak berbelah bahagi daripada rakyat setelah melihat bukti pembangunan yang telah dan sedang dirancang oleh kerajaan untuk dilaksanakan pada masa hadapan.

"Selain itu, kempen parti untuk memberi penerangan dan penjelasan kepada rakyat juga berjalan lancar, sekaligus meningkatkan sokongan kepada semua calon
BN di sini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kolej Komuniti Penampang di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Amir Md Noor, calon BN bagi Dun Kepayan Datuk Edward Khoo Keok Hai dan Dun Moyog Datuk Philip Lasimbang. Kepayan dan Moyog terletak di bawah Parlimen Penampang.

Kolej Komuniti Penampang akan mula beroperasi pada Julai ini di Wisma Malakun, di sini dengan menawarkan kursus sepenuh masa perakaunan dan kursus pendek hujung minggu sebagai permulaan.

Selain itu, Dompok yang merupakan calon BN bagi Parlimen Penampang turut membidas parti pakatan rayat yang lantang mengutuk kerajaan 'selalu tidur' tanpa memeriksa kebenaran fakta yang dibangkitkan.

"Contohnya, mereka kata saya tidur selama 28 tahun di sini (Penampang), tidak melakukan apa-apa. Tapi mereka lupa saya adalah Anggota Parlimen di Ranau selama dua penggal sebelum datang ke sini.

"Sejak empat tahun lalu, saya membuat kerja dan jelas kelihatan pelbagai projek melibatkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), jalan raya dari
Donggongon ke Papar dan Beaufort serta menyelesaikan masalah bekalan elektrik di kawasan pendalaman," katanya.

Selain itu, Dompok berkata, penubuhan Kolej Komuniti itu mendahului manifesto yang diuar-uarkan calon Parti Maju Sabah (SAPP) bagi Dun Moyog Danim@Aloysius Siap untuk mewujudkan kolej seumpama itu jika mendapat kepercayaan rakyat.

"Ini yang kita katakan, belum berjanji sudah beri…," katanya disambut gelak ketawa orang ramai.

Pada PRU13, Dompok yang mempertahankan kerusi Parlimen Penampang ditentang calon PKR Ignatius Dorell Leiking dan calon Parti Reformasi Sabah (STAR) Melanie Annol.

Pada 2008, Dompok yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komuniti menang dengan majoriti 3,063. – BERNAMA

Anda mungkin juga meminati:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved