ads

Khamis, 3 Oktober 2013

10 di kota marudu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kota marudu - Google Blog Search


smk langkon <b>di kota marudu</b> dapat sistem solar pv - i love marudu

Posted: 09 Sep 2013 09:41 PM PDT

KOTA MARUDU, 9 Sept (Bernama) -- SMK Langkon di Kota Marudu di sini muncul
sebagai penerima sistem solar photovoltaic (PV) 9.kW yang akan menjana kuasa
elektrik untuk kegunaan sendiri sambil menjimatkan bil sekolah berkenaan.
Sistem itu merupakan projek di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan
Air dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) dan SESB.

Ia bertujuan menggalak dan meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar dan
masyarakat setempat tentang pentingnya menghasilkan tenaga boleh diperbaharui.

"Ini akan membantu kita mencapai agenda negara untuk menggalakkan penggunaan
tenaga hijau dan bersih, termasuk di kalangan masyarakat bawahan," kata Menteri
berkenaan Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang melancarkan projek itu di sekolah
berkenaan hari ini.

Ongkili berkata projek itu menjadi model oleh kerana ini kali pertama sistem
meter ''bersih'' digunakan di Sabah oleh SESB.

"Dengan sistem ini, baki tenaga yang tidak digunakan di premis itu akan
dijual balik kepada SESB.

Projek itu dilaksanakan dengan dana tajaan RM90,000 dari Syarikat Warisan
Harta Sabah Sdn Bhd.

Sekolah itu dipilih kerana kawasannya menempatkan dua sekolah - SK Langkon
dan SMK Langkon.

-- BERNAMA
NT NT RS

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved