ads

Jumaat, 6 September 2013

10 di kota marudu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kota marudu - Google Blog Search


pencawang digi <b>di</b> kampung tanjung batu, <b>kota</b> <b>...</b> - i love <b>marudu</b>

Posted: 27 Jul 2013 12:18 AM PDT

KOTA MARUDU, 13 Julai (Bernama) -- Tiga syarikat telekomunikasi mengalami
kerugian kira-kira RM24,000 apabila pencawang DIGI di Kampung Tanjung Batu dekat
sini dipecah masuk pencuri.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu DSP Mohd Isa Yusof berkata kejadian itu
berlaku antara awal bulan Jun dan 10 Julai lepas, dan hanya disedari apabila
seorang kontraktor Digi ke balai polis untuk melaporkan kehilangan 24 bateri
Maxis dan 24 bateri Celcom yang diletak dalam kawasan berpagar pencawang itu.

"Siasatan awal pihak polis mendapati pencawang itu dikongsi tiga syarikat
telekomunikasi iaitu Celcom, Maxis serta Digi dan suspek masuk ke kawasan
pencawang dengan cara memotong kunci mangga pintu pagar utama sebelum memotong
mangga pintu kabin tempat bateri itu dipasang," katanya dalam satu kenyataan
hari ini.

Beliau berkata siasatan juga mendapati jarak tapak cawangan dari jalan utama
adalah sekitar 100 meter dari rumah penduduk kampung dan tiada pengawal
keselamatan di kawasan pencawang itu yang hanya dipasang penggera keselamatan.

Sehubungan itu, katanya, polis menasihatkan pekedai yang membeli barang
lusuh agar tidak membeli harta curi, sebaliknya mereka diminta menghubungi Balai
Polis Kota Marudu di talian 088-662 449 atau pegawai penyiasat Inspektor
Zulkairi di talian 012-8344 368," katanya sambil menambah kes itu yang ketiga
berlaku di daerah Kota Marudu pada tahun ini.

Mohd Isa turut menasihatkan syarikat komunikasi agar mempertingkat langkah
pencegahan dengan membina penghalang jalan lebih kukuh bagi mengelak kenderaan
atau penjenayah masuk ke kawasan pencawang dengan mudah.
-- BERNAMA
NBK NT SBB

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved