ads

Sabtu, 7 September 2013

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


FELDA miliki hotel <b>di Kota Kinabalu</b> Sabah | The Malaysian Times

Posted: 03 Sep 2013 12:06 AM PDT

KOTA KINABALU, 3 Sept:  Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) melangkah setapak lagi apabila mengambil alih sebuah hotel bertaraf empat bintang di Sabah, Hotel Grand Borneo, bagi menambah kemudahan penginapan di bandar raya ini, sekali gus meningkatkan industri pelancongan di Sabah.

Pengerusinya Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata Hotel Grand Borneo yang beroperasi sejak November 2009 itu, diambil alih Felda pada 1 Jun lepas, lapor Bernama.

"Dalam hal ini, suka saya memaklumkan bahawa Hotel Grand Borneo milik Felda ini menawarkan penginapan yang selesa pada kadar yang juga selesa.

"Kita percaya pengambilalihan (membeli) hotel ini akan membawa keuntungan kepada Lembaga Felda meskipun akan memakan masa.

Ini disebabkan industri pelancongan di Sabah masih kekurangan kemudahan hotel berpatutan, yang bertaraf tiga hingga lima bintang, untuk memenuhi keperluan pelancong," katanya kepada pemberita selepas pelancaran hotel itu di sini hari ini.

Beliau berkata hotel 310 bilik itu, dengan 100 peratus operasinya kekal dikendalikan oleh tenaga kerja tempatan, menerima tetamu asing terutama dari Hong Kong, Taiwan, China dan Jepun.

Mohd Isa berkata kedudukan hotel itu yang terletak di lokasi strategik bersebelahan Universiti Malaysia Sabah, pusat pentadbiran kerajaan persekutuan Sabah dan Taman Industri Kota Kinabalu, menjadikannya popular dan dikenali ramai.

Hotel Grand Borneo yang terletak kira-kira 7km dari bandar Kota Kinabalu, itu merupakan sebahagian daripada pusat membeli-belah terbesar, 1Borneo, yang menarik ramai pengunjung.

"Dari segi pencapaian, Hotel Grand Borneo pernah memenangi Anugerah Pelancongan Sabah 2011 – Hotel Terbaik dalam kategori hotel tiga dan empat bintang," katanya.

Menurutnya hotel itu juga akan dikendalikan oleh anak syarikat Kumpulan Felda, Felda Travel Sdn Bhd .yang mempunyai tujuh hotel dan resort di Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Perak dan Felda Sahabat di Lahad Datu, Sabah.

Terdahulu, beliau turut memberi penghargaan kepada sepuluh anggota Polis Bantuan FELDA yang menyertai Ops Daulat menangani kumpulan pengganas Sulu di Lahad Datu awal tahun ini.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved