ads

Isnin, 16 September 2013

10 di kinabatangan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kinabatangan - Google Blog Search


Bung Moktar pertahan MT, Ketua UMNO <b>Kinabatangan</b>

Posted: 05 Sep 2013 02:46 AM PDT

BUNG MOKTAR RADIN... Ahli Parlimen Kinabatangan

KINABATANGAN 5 Sept. - Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin akan mempertahankan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Kinabatangan dan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada pemilihan kali ini.

Menurut beliau, keputusannya itu mendapat sokongan daripada pemimpin di peringkat bahagian itu bagi memastikan masyarakat khususnya di daerah ini mendapat manfaat daripada kesinambungan perjuangannya.

"Ia juga bagi memastikan suara rakyat di negeri ini akan terus didengar oleh pemimpin UMNO pusat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Hari Raya UMNO Bahagian Kinabatangan di sini hari ini.

Bung Moktar, 54, memegang jawatan Ketua Bahagian UMNO Kinabatangan sejak 1996 dan anggota MT sejak 2009.

Sementara itu, di KEPALA BATAS, Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menawarkan diri bertanding jawatan Ahli MT dalam pemilihan parti Oktober ini. - BERNAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved