ads

Isnin, 16 September 2013

10 di keningau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


DUNIA ITU: 2 pelajar maut, 7 cedera dalam kemalangan <b>di Keningau</b>

Posted: 02 Sep 2013 09:49 PM PDT

ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaan pacuan empat roda itu.


KOTA KINABALU: Dua pelajar maut, manakala 7 lagi cedera dalam satu kemalangan di Keningau pada petang Ahad.

Dalam kejadian itu, dua pelajar lelaki dari dua sekolah menengah maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 5 Jalan Keningau-Tenom, kira-kira jam 3.30 petang.

Sementara tujuh yang lain terdiri pemandu dan penumpang dari kedua-dua kenderaan mengalami cedera parah dan ringan.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superitendan Robert Salisip @David, berkata kedua-dua mangsa dikenali Kenedy Koroh, 16, pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keningau 2 dan Agustin Miha, 14, pelajar Tingkatan Dua SMK Gunsanad 2. Kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala.

Katanya, kejadian berlaku ketika kenderaan jenis Kia Spectra yang dipandu Darry Langan, 27, dari Kampung Taburi Lahad Datu bergerak dari arah Tenom ke Keningau cuba dipotong oleh kenderaan pacuan empat roda yang dipandu Koroh Puar, 40, dari Kampung Keritan Ulu yang bergerak dari arah sama selepas memotong sebuah kenderaan Kembara.

"Dalam kejadian itu, kenderaan pacuan empat roda yang dipandu Koroh (bapa mangsa) bergesel dengan kenderaan Kia Spectra menyebabkan Kia Spectra terbabas dan terlanggar tembok pagar di sebelah tepi kiri jalan, manakala pacuan empat roda terbabas di tepi jalan sebelah kanan dan masuk dalam parit di hadapan Sekolah Rendah Kebangsaan Jenis Cina SRJK(C) Yuk Kong," katanya ketika dihubungi di sini kelmarin.

Beliau berkata dalam kejadian itu Darry (pemandu Kia Spectra) dan dua penumpang, Capriati Marai, 23, dari Kampung Antalok Tenom dan Caprilvionnie Darry, 3, hanya mengalami cedera ringan.

Sementara itu, Koroh (pemandu pacuan empat roda) cedera parah serta patah kaki kanan dan dirawat di Hospital Keningau.

Tiga lagi pelajar perempuan yang merupakan penumpang pacuan empat roda, terdiri dari Shatatasa Koroh, 13, Amikelyndren, 14, dan Rezyana Ronichie Raminsin, 13, mengalami kecederaan ringan.

Robert berkata siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Keluarga terdekat mangsa yang dihubungi memberitahu kenderaan yang dipandu oleh Koroh bergerak dari Kampung Keritan Ulu ke Keningau bertujuan menghantar pelajar balik ke asrama sekolah masing-masing di SMK Keningau 2 dan SMK Gunsanad 2.

Kedua-dua mayat mangsa telah dituntut oleh keluarga masing-masing selepas bedah siasat dijalankan kira-kira jam 12 tengah malam pada hari kejadian.

Sementara itu, Ketua Operasi yang juga Penyelia Jabatan Balai Bomba dan Penyelamat Daerah, Asip Kaibin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang anggota polis yang kebetulan melalui jalan itu pada jam 3.39 petang, sejurus itu mereka bergegas ke tempat kejadian dengan sebuah jentera dan tujuh anggotan berserta sebuah kenderaan Ambulans Hospital Keningau.

Katanya, dua pelajar itu maut di tempat kejadian sementara tujuh mangsa lain yang terdiri seorang wanita sarat mengandung dan tiga wanita remaja serta seorang kanak-kanak berusia tiga tahun serta dua pemandu berkenaan mengalami cedera parah dan ringan pada kejadian itu.

Utusan Borneo 3 Sep 2013

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved