ads

Isnin, 5 Ogos 2013

10 di semporna - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


Remaja maut dalam kemalangan babit tiga bas ekspres <b>di Semporna</b>

Posted: 23 Jul 2013 05:45 AM PDT

July, 23, 2013 - 8:45 pm

TAWAU: Seorang remaja yang juga pemandu kedua sebuah bas ekspres maut dalam kemalangan membabitkan tiga buah bas yang membawa 120 pendatang tanpa izin di Km 24 Jalan Semporna-Tawau hari ini.

Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata mangsa, Mohd Azman Samsuddin, 17, maut di tempat kejadian akibat kecederaan dalaman yang dialaminya dalam kejadian 11.45 pagi itu.

Mayatnya dihantar ke Hospital Semporna untuk dibedah siasat, manakala semua pendatang tanpa izin terbabit yang dilapor selamat dihantar ke Pusat Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Semporna untuk proses penghantaran balik, katanya kepada pemberita.

Mengulas kejadian itu, Mohd Firdaus Francis berkata ketiga-tiga bas berkenaan dalam perjalanan dari Tawau ke CIQ Semporna namun apabila sampai di tempat kejadian, bas paling hadapan memperlahankan kelajuan secara tiba-tiba.

Ini menyebabkan bas kedua yang mengekori tidak dapat mengelak lalu melanggar bahagian belakang bas pertama sebelum bas ketiga melanggar bahagian belakang bas kedua, katannya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved