ads

Isnin, 1 Julai 2013

di negeri sabah - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


60 Ahli Dewan Undangan <b>Negeri Sabah</b> angkat sumpah <b>...</b>

Posted: 13 Jun 2013 02:24 PM PDT

Posted on June 14, 2013, Friday

KOTA KINABALU: Semua 60 Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah termasuk 12 wakil pembangkang daripada DAP, PKR dan Parti Reformasi Sabah (Star) semalam mengangkat sumpah di hadapan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Datuk Seri Salleh Tun Said.

Majlis itu bermula dengan upacara angkat sumpah oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, diikuti tiga timbalannya Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Datuk Seri Yahya Hussin dan Datuk Raymond Tan Shu Kiah.

Ini disusuli dengan menteri-menteri Kabinet Sabah dan pembantu-pembantu menteri serta anggota dewan yang lain, dikuti 12 ahli DUN daripada pembangkang.

Mereka termasuk Datuk Seri Lajim Ukin (PKR-Klias), Datuk Seri Wilfred Bumburing (PKR-Tamparuli), Datuk Dr Jeffrey Kitingan (Star-Bingkor) dan Hiew King Cheu (DAP-Luyang).

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 5 Mei lepas, BN mengekalkan pemerintahan Sabah dengan majoriti dua pertiga apabila menguasai 48 daripada 60 kerusi DUN.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Musa yang juga ADUN Sungai Sibuga meminta semua ahli dewan menjalankan tugas yang diamanahkan rakyat khususnya wakil BN dengan berkhidmat sebaik mungkin sepanjang persidangan berlangsung.

"Kepada ADUN BN kita anggap tanggungjawab yang diamanahkan rakyat itu harus ditunaikan bagi mewakili kawasan masing-masing.

"Ahli dewan juga diminta berbahas dengan berwibawa, sopan santun dan mengikut peraturan sedia ada kerana ini adalah dewan yang mulia," katanya.

Perasmian pembukaan persidangan akan disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin pada Isnin, 17 Jun manakala persidangan DUN akan diadakan selama tiga hari bermula Selasa, 18 Jun.

Sementara itu, Salleh yang juga ADUN Usukan mengangkat sumpah secara berasingan di hadapan Timbalan Speaker Datuk Johnny Mositun pada sebelah petang. — Bernama

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved