ads

Ahad, 30 Jun 2013

10 di sandakan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


43 kawasan setinggan dikenal pasti <b>di Sandakan</b> ABN News | BM

Posted: 27 Jun 2013 02:04 AM PDT

SANDAKAN – Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) mengenal pasti terdapat 43 kawasan setinggan di daerah ini dan akan dirobohkan dalam operasi bersepadu yang dijalankan sehingga Ogos ini.

Ketua Unit Setinggan MPS, Kassim Selamat berkata, tindakan itu selaras dengan arahan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Pendatang Asing Tanpa Izin, bagi mengurangkan penempatan setinggan di seluruh Sabah.

Katanya, MPS komited melaksanakan arahan itu walaupun berhadapan dengan cabaran pewujudan penempatan setinggan yang baharu selepas satu-satu kawasan setinggan dirobohkan sebelum ini.

"MPS komited mengenal pasti penempatan itu dalam usaha mengurangkan kawasan setinggan yang turut menyumbang kepada permasalahan jenayah," katanya ketika ditemui selepas mengetuai Operasi Perobohan Bersepadu di Forest Darat dekat sini, hari ini.

Operasi bersepadu itu dijalankan dengan kerjasama Jabatan Imigresen dan polis.

Kassim berkata, sebanyak 68 buah rumah dirobohkan dalam operasi hari ini.

Katanya, kesemua penduduk yang terdiri daripada 20 peratus warganegara dan 80 peratus pendatang asing tanpa izin menerima notis perobohan dalam tempoh 14 hari sebelum operasi dilaksanakan hari ini.

Katanya, kawasan itu bakal dimajukan dengan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

Beliau berkata, bagi penghuni setinggan rakyat negara ini, mereka akan diberi keutamaan untuk diberikan rumah menerusi Program Perumahan Rakyat. – Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved