ads

Khamis, 27 Jun 2013

10 di papar - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


Buku <b>papar</b> kisah Tun Abdul Razak kini <b>di</b> pasaran | n9kini.net

Posted: 19 Jun 2013 07:32 PM PDT

Di sebalik kisah kecemerlangan bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein, ramai sebenarnya tidak tahu hakikat bahawa Bapa Pembangunan itu pernah menyembunyikan masalah kesihatannya, termasuk daripada anggota keluarga sendiri.

Itu antara kisah menarik yang dicungkil dan dipaparkan di dalam buku 'Tun Abdul Razak, Bapa Pembangunan – Suatu Pengkisahan', yang ditulis Azam Ismail Bakri dan Suziyana Natasya Abdullah, yang kini telah pun berada di pasaran.

Dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini, Azam berkata buku terbitan Orlaith Inc Sdn Bhd itu mengambil masa hampir lima tahun untuk disiapkan.

Ia membabitkan kaji selidik dan temuramah dengan beberapa tokoh dan orang kebanyakan yang menyimpan pelbagai kisah menarik dan maklumat penting berkaitan Tun Abdul Razak, merangkumi zaman kanak-kanak, persekolahan, universiti, dunia politik dan sebagainya sebagai pemimpin ulung negara.

Penghasilan buku ini bertolak daripada program 'Tun Abdul Razak, Bapa Pembangunan – Satu Pengkisahan' anjuran bersama Alliance Foundation Malaysia yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 20 Julai 2010 di PICC Putrajaya yang diikuti satu Siri Jelajah di bawah tajuk sama di seluruh Malaysia dan beberapa negara Eropah.

Antara tokoh yang berkongsi pengalaman peribadi dan pandangan menarik mengenai Tun Razak ialah bekas Ketua Polis Negara Tun Haniff Omar yang menceritakan bagaimana Tun Razak menyembunyikan masalah kesihatannya, termasuk daripada isterinya sendiri, Tun Rahah Tan Sri Mohammad Noah.

"Hati Rahah teramat pilu setelah mengetahui perkara sebenar dan bila ia berlaku," kata Hanif yang dipetik daripada buku itu.

Pakar Sejarah dan ahli akademik Prof Tan Sri Dr Khoo Kay Kim pula menceritakan bagaimana Abdul Razak melaksanakan misi untuk menyatukan rakyat Malaysia di bawah satu sistem pelajaran yang sebelum ini gagal dilaksanakan oleh British.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula berkongsi perasaan pertama bertemu Abdul Razak: "Saya sampai tergagap apabila berjumpa dan bercakap dengannya seperti hendak bercakap dengan raja berpatik-patik tetapi layanannya langsung tidak menimbulkan embarrassment (rasa malu) kepada kita".

Menurut Azam buku itu ditulis selepas menyedari kurangnya bahan sejarah dirakamkan berkaitan tokoh zaman awal pembentukan Malaysia.

"Saya dan Suziyana merasakan penceritaan oleh tokoh-tokoh ini perlu dipanjangkan kepada umum sebagai bahan rujukan masa depan dalam bentuk tulisan," katanya.

Buku berkulit keras setebal 526 halaman itu dijual dengan harga RM388. Bagi tempahan sebelum 30 Jun ini, ia dijual dengan harga pra-pasaran RM288 yang boleh dibuat melalui laman sesawangwww.tunrazak.orlaithinc.com atau menghubungi talian 03-92057632 atau 017-3557562. – Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved