10 di semporna - Google Blog Search |
respons ketua polis negara tentang insiden <b>di semporna</b> Posted: 02 Mar 2013 04:38 PM PST Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan berlaku kejadian tembak-menembak di Kampung Sri Jaya Siminul, Semporna, Sabah, kira-kira pukul 7.30 malam tadi. Menurut Ismail di dalam laman sosial Facebook Polis Diraja Malaysia, kejadian itu susulan daripada pemeriksaan pihak polis ke atas sebuah premis di situ. "Pemeriksaan tersebut bertujuan mengesahkan penglibatan kejadian pencerobohan di Lahad Datu. "Pihak polis masih belum dapat mengesahkan jumlah mereka yang terlibat dalam kejadian terbabit. Bagaimanapun jumlah yang terlibat dipercayai tidak melebihi 10 orang," katanya. Beliau berkata dalam kejadian itu beberapa anggota polis dilaporkan tercedera. Sementara itu di Lahad Datu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, dua anggota polis cedera dalam kejadian tersebut. Hamza bagaimanapun menafikan Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna diserang dan berkata keadaan di Semporna terkawal serta tidak ada perintah berkurung dilaksanakan. Menurut Hamza setakat ini belum ada tangkapan dibuat berhubung kejadian tembakan itu dan polis masih menyiasat suspek yang bertanggungjawab. |
Nizar: TERKINI : 'Ketua perisik' Kiram diburu <b>di Semporna</b> Posted: 24 Mar 2013 05:30 PM PDT Suspek adik Jamalul Kiram III berada di Semporna Lahad Datu: Pasukan keselamatan memburu seorang lagi pemimpin kanan kumpulan pengganas berjawatan 'ketua perisik' yang dipercayai masih bersembunyi di Semporna. Suspek berusia 50-an itu adik kepada Jamalul Kiram III dikenali Datu Piah Datu Kiram serta dianggap antara orang paling kanan ketua pengganas, Agbimuddin Kiram. Difahamkan, suspek mempunyai kedudukan setaraf dengan Komander Habib Musa A Abdullah atau Jeneral Haji Musa yang terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di Kampung Tanduo, pada awal Ops Daulat.Sumber memberitahu BH, pasukan keselamatan yakin suspek yang menceroboh negeri ini bersama Agbimuddin serta Jeneral Haji Musa dan pengikut mereka sebelum mendarat di Kampung Tanduo pada 12 Februari lalu, masih bersembunyi di Semporna. Katanya, suspek dipercayai antara individu yang menyertai kumpulan pengganas membuat rundingan dengan pasukan keselamatan Februari lalu, namun dia dilaporkan 'hilang' sebaik berlaku pertempuran dengan pasukan keselamatan pada 1 Mac. Awal pagi kelmarin, pasukan keselamatan menahan anak saudara Agbimuddin merangkap Pemerintah Tentera Sulu ketika bersembunyi dalam paya bersama isterinya di Kampung Sri Melor Bugaya, Semporna. Suspek bertaraf Menteri Pertahanan itu dianggap individu terpenting mengatur serangan serta pergerakan pengganas ke beberapa lokasi sejak pencerobohan mereka. Tali barut pengganas Difahamkan, Ali anak penduduk Kampung Tanduo, Ahmad Malandi atau Mat Bom yang ditahan pasukan keselamatan pada awal Ops Daulat kerana menjadi tali barut pengganas. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, mengesahkan Pemerintah Tentera Sulu yang ditahan di Semporna adalah Datu Amir Bahar Hushin Kiram. Beliau berkata, suspek dan isterinya ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). "Operasi mengesan saki baki pengganas giat dijalankan, namun kami percaya mereka sudah hilang arah. Maklumat penduduk penting bagi mengesan saki baki pengganas. "Dengan ada kerjasama semua pihak, kita percaya saki baki pengganas ini dapat ditumpaskan dalam masa terdekat," katanya pada sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, di sini, semalam. Sementara itu, semakan BH di laman sosial Facebook menemui seorang pemegang akaun menggunakan nama Datu Amirbahar Hushin Kiram dari Jolo, Filipina, dipercayai individu sama dengan suspek yang ditahan pasukan keselamatan. Berdasarkan maklumat pada akaun terbabit, dia sering memuat naik dan berkongsi laporan insiden pencerobohan Lahad Datu sejak pertengahan bulan lalu. |
You are subscribed to email updates from di semporna - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan