10 di papar - Google Blog Search |
Kenangan Terindah <b>di Papar</b>, Sabah (1997 - 2001) | DADDY ZUKI <b>...</b> Posted: 04 Mar 2013 07:00 PM PST Menaiki feri dengan rakan-rakan sejawat menuju ke Pulau Gayana. Kami ke sana sebulan sebelum aku berangkat pulang ke Kelantan. Yang berbaju putih tu Cikgu Adli. Yang sebelah aku tu Cikgu Norlin org JB. Melawat Taman Burung Labuan pada tahun 2000 bersama rakanku, Cikgu Azrul yang mirip Norman Hakim. Dia masih mengajar di Papar dengan isterinya. Mendaki Gunung Kinabalu bersama rombongan sekolah semasa SUKOM 98. Syukurlah aku berjaya sampai ke Low's Peak dan memperolehi sijil. Hari Sukan Sekolah pada tahun 2000. Kelihatan Cikgu Din Idris yang kacak dan berkepala botak itu. Dia berkahwin dengan orang Sabah dan terus menetap di sana. Aku ditempatkan di SMK Majakir, Papar, Sabah bermula 16 September 1997 dan berakhir pada 31 Mei 2001.Sepanjang aku berada di Sabah pelbagai pengalaman dan pengetahuan yang aku perolehi terutama sekali tentang adat istiadat, budaya, kaum, agama dan cara hidup penduduk tempatan. Ternyata pengalaman mengajar di sana adalah saat terindah di dalam hidupku dan akan tetap ku pahat di dalam memori ini. Terasa ingin kembali ke sana lagi untuk melawat kawan-kawan yang sudah lama tidak ku jumpa. Di sini saya paparkan empat foto semasa di sana buat tatapan kawan-kawan sekalian. Biarlah foto-foto itu menceritakan segalanya tentang nostalgia di Papar, Sabah. |
You are subscribed to email updates from di papar - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan