ads

Jumaat, 26 April 2013

10 di penampang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


BLOG SABAH: 10 <b>di penampang</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Apr 2013 01:21 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Lawan tiga penjuru <b>di</b> Parlimen <b>Penampang</b> | The Borneo Insider

Posted: 20 Apr 2013 02:55 AM PDT

April, 20, 2013 - 5:55 pm
Dompok (dua kiri) bersama pemimpin BN ketika di penamaan calon kelmarin.

Dompok (dua kiri) bersama pemimpin BN ketika di penamaan calon kelmarin.

Oleh Donald Ragang

PENAMPANG: Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) Parlimen Penampang mendapat persaingan tiga penjuru darupada parti Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan STAR.

Penyandangnya Tan Sri Bernard Dompok akan ditentang hebat oleh calon baru dari PKR Ignatius Darell Leiking dan Melanie Annol dari STAR.


Sementara itu, kerusi DUN Kepayan pula menyaksikan penyandangnya ,Datuk Edward Khoo Keok Hai akan ditentang tiga parti pembangkang yang masing-masing dari DAP, Edwin @ Jack Bosi, SAPP, Chong Pit Fah dan STAR, Philip Among.

Selain itu, DUN Moyog juga menyaksikan pertembungan sengit empat penjuru oleh parti SAPP, Danim @ Aloysius Siap, PKR, Terrence Siambun, dan STAR Bernard Lawrence Solibun yang akan menentang penyandang kawasan itu dari BN yang mana penyandang sebelumnya ialah Datuk Donald Peter Mojuntin sebelum memberikan laluan kepada Datuk Philip Lasimbang sebagai calon.

Pengumuman penamaan calon itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya Parlimen Penampang, Wiliam Sumpil pada jam kira 10 pagi di pusat penamaan calon di Dewan Masyarakat Tun Fuad Stephen Penampang kelmarin.


Menurut Dompok, pihaknya yakin bahawa kesemua kerusi yang dipertandingkan di Parlimen Penampang mampu dipertahankan sekali lagi.


Keyakinan itu berdasarkan kepercayaan dan kesedaran yang diberikan rakyat terhadap usaha kerajaan BN yang benar-benar ingin mentransformasikan Penampang.


"Sudah banyak kemajuan yang dicapai dalam masa empat tahun yang singkat di sini dalam infrastruktur seperti bekalan elektrik, jalan raya, pendidikan dan banyak lagi.

"Usaha itu termasuklah memperkasakan keselamatan rakyat Sabah dan menyelesaikan isu Pendatang Tanpa Izin (PTI)," ujarnya.


Katanya, pelbagai usaha dilaksanakan dibawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak antara inisiatif yang dinikmati di Penampang adalah sebuah lagi sekolah menengah akan ditubuhkan di kawasan Penampang, manakala Menteri Pelajaran Tinggi juga akan melancarkan kolej komuniti di sini dan banyak sekolah mubaligh kawasan Penampang juga menerima peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.

 

Katanya, walaupun masih terdapat kekurangan dalam infrastruktur, tetapi kesemua itu akan diselesaikan di masa hadapan.

 

Sementara itu, calon STAR yang akan bertanding di Parlimen Penampang, Melanie Annol, yakin bahawa peluang kemenangan adalah baik walaupun mendapat tentangan daripada calon parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Ignatius Darell Leiking.

 

"Saya tidak ingin berkata dengan lebih lanjut, kita akan tahu selepas undi nanti," katanya.

 

Manakala Darell berkata semua pihak mempunyai peluang yang adil untuk memenangi kerusi Parlimen itu.

 

"Saya kini lebih yakin kerana suasana di sini lebih aman dan bersemangat kekawanan.

 

"Saya menyerahkan semua keputusan kepada pengundi kerana hanya mereka yang dapat tentukan apa polisi dan kepimpinan yang mereka mahukan di Penampang," tambahnya.

 

Manakala Calon SAPP bagi kerusi DUN Kepayan, Chong Pit Fah berkata pihaknya akan berusaha sedaya upaya untuk memberikan cabaran dalam PRU13 di sini.

 

Chong akan berhadapan dengan penyandang DUN Kepayan, Datuk Edward Khoo Keok Hai selain dua parti lain iaitu DAP, Edwin @ Jack Bosi dan calon STAR Philip Among.

PKR <b>Penampang</b> - Sensasi Dan Panas

Posted: 07 Apr 2013 11:32 PM PDT

PENYOKONG PKR Penampang "Kempunan" apabila pemimpin idola mereka iaitu Tian Chua tidak hadir dalam aktiviti ceramah yang diadakan di Kg. Noosob pada 7 April 2013 petang kemarin. Apapun, ceramah di kalangan mereka tetap diteruskan dengan kehadiran sekitar 130 orang sahaja. Kesian kan??? Hihihi.....macam syok sandiri pula.

Ceramah tersebut tidak dihadiri Tian Chua kerana disuru balik ke Semenanjung sebaik sahaja Tian Chua menjejakan kakinya di Lapangan Terbang, Kota Kinabalu. Sabah halau Tian Chua??? Tidaklah......jangan plak salah anggap. Bukan dihalau ba itu. Kenapa ya???

Tian Chua sepatutnya berterima kasih kepada agensi keselamatan di Sabah kerana beliau tidak "keluar" dari KKIA dan pergi ke Penampang untuk memberikan ceramah. Beliau disuru balik kerana bimbangkan keselamatannya apabila berada di Sabah ini. Ini bukan bermaksud orang-orang Sabah tidak bagus....bagus ba.

Dikhuatiri kehadirannya akan menimbulkan kemarahan individu/kumpulan yang tidak berpuas hati terhadapnya kerana mempersendakan isu pencerobohan pengganas di Lahad Datu. Pemimpin dan penyokong PKR di semenanjung pulak meyalahkan BN kerana tidak membenarkan Tian Chua masuk. Aiyaaa....gila punya orang. Kami urang Sabah bagus ba......

Dikhabarkan si Tian Chua mahu menyaman pulak orang-orang Sabah ini??? Aiyaaaa.....apa punya orang?? Tidak kenang budi ka? Bagus kasi biar jak dia kana hambat pakai penyapu....baru dia tahu.

Dalam ceramah di Kg. Noosob itu, kelihatan yang hadir tu "layu" jak tidak bersemangat walaupun ada 'Live Video Conferencing' dari KL bersama Tian Chua. Bukan tidak bersemangat disebabkan tanpa kehadiran Tian Chua tetapi sebenarnya harapan mereka terhadap kemampuan PKR di Penampang adalah tipis.

Menurut seorang rakan yang menyelinap masuk ke ceramah tersebut, beliau sempat berborak dengan empat orang 'baliau' yang turut hadir. Menurut mereka, kehadiran mereka adalah untuk mendengar ceramah sahaja kerana acara dibuat di kampung mereka. Bagi mereka, sokongan terhadap PKR belum pasti lagi kerana masih meragui dengan kepimpinan PKR....tambahan pula pemimpin yang hadir ketika itu adalah masih muda dan tiada pengalaman.

Apa yang melucukan adalah, terdapat penduduk kampung yang tidak tahu siapa itu Tian Chua. Kesian kan???

Baaa....apa macam ni ging? Parti SAPP kmurang tidak jemput sekali ka??? Tidak jemput menunjukkan kmurang tu tidak ngam.....lagilah undi kmurang di sana tu berpecah. Kasiannnn.....

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved