ads

Selasa, 23 April 2013

10 di penampang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


Lawan tiga penjuru <b>di</b> Parlimen <b>Penampang</b> | The Borneo Insider

Posted: 20 Apr 2013 02:55 AM PDT

April, 20, 2013 - 5:55 pm
Dompok (dua kiri) bersama pemimpin BN ketika di penamaan calon kelmarin.

Dompok (dua kiri) bersama pemimpin BN ketika di penamaan calon kelmarin.

Oleh Donald Ragang

PENAMPANG: Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) Parlimen Penampang mendapat persaingan tiga penjuru darupada parti Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan STAR.

Penyandangnya Tan Sri Bernard Dompok akan ditentang hebat oleh calon baru dari PKR Ignatius Darell Leiking dan Melanie Annol dari STAR.


Sementara itu, kerusi DUN Kepayan pula menyaksikan penyandangnya ,Datuk Edward Khoo Keok Hai akan ditentang tiga parti pembangkang yang masing-masing dari DAP, Edwin @ Jack Bosi, SAPP, Chong Pit Fah dan STAR, Philip Among.

Selain itu, DUN Moyog juga menyaksikan pertembungan sengit empat penjuru oleh parti SAPP, Danim @ Aloysius Siap, PKR, Terrence Siambun, dan STAR Bernard Lawrence Solibun yang akan menentang penyandang kawasan itu dari BN yang mana penyandang sebelumnya ialah Datuk Donald Peter Mojuntin sebelum memberikan laluan kepada Datuk Philip Lasimbang sebagai calon.

Pengumuman penamaan calon itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya Parlimen Penampang, Wiliam Sumpil pada jam kira 10 pagi di pusat penamaan calon di Dewan Masyarakat Tun Fuad Stephen Penampang kelmarin.


Menurut Dompok, pihaknya yakin bahawa kesemua kerusi yang dipertandingkan di Parlimen Penampang mampu dipertahankan sekali lagi.


Keyakinan itu berdasarkan kepercayaan dan kesedaran yang diberikan rakyat terhadap usaha kerajaan BN yang benar-benar ingin mentransformasikan Penampang.


"Sudah banyak kemajuan yang dicapai dalam masa empat tahun yang singkat di sini dalam infrastruktur seperti bekalan elektrik, jalan raya, pendidikan dan banyak lagi.

"Usaha itu termasuklah memperkasakan keselamatan rakyat Sabah dan menyelesaikan isu Pendatang Tanpa Izin (PTI)," ujarnya.


Katanya, pelbagai usaha dilaksanakan dibawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak antara inisiatif yang dinikmati di Penampang adalah sebuah lagi sekolah menengah akan ditubuhkan di kawasan Penampang, manakala Menteri Pelajaran Tinggi juga akan melancarkan kolej komuniti di sini dan banyak sekolah mubaligh kawasan Penampang juga menerima peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.

 

Katanya, walaupun masih terdapat kekurangan dalam infrastruktur, tetapi kesemua itu akan diselesaikan di masa hadapan.

 

Sementara itu, calon STAR yang akan bertanding di Parlimen Penampang, Melanie Annol, yakin bahawa peluang kemenangan adalah baik walaupun mendapat tentangan daripada calon parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Ignatius Darell Leiking.

 

"Saya tidak ingin berkata dengan lebih lanjut, kita akan tahu selepas undi nanti," katanya.

 

Manakala Darell berkata semua pihak mempunyai peluang yang adil untuk memenangi kerusi Parlimen itu.

 

"Saya kini lebih yakin kerana suasana di sini lebih aman dan bersemangat kekawanan.

 

"Saya menyerahkan semua keputusan kepada pengundi kerana hanya mereka yang dapat tentukan apa polisi dan kepimpinan yang mereka mahukan di Penampang," tambahnya.

 

Manakala Calon SAPP bagi kerusi DUN Kepayan, Chong Pit Fah berkata pihaknya akan berusaha sedaya upaya untuk memberikan cabaran dalam PRU13 di sini.

 

Chong akan berhadapan dengan penyandang DUN Kepayan, Datuk Edward Khoo Keok Hai selain dua parti lain iaitu DAP, Edwin @ Jack Bosi dan calon STAR Philip Among.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved