ads

Jumaat, 19 April 2013

10 di papar - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


Uji bakat <b>di Papar</b> wajar diteruskan | Z-o-o-m!

Posted: 21 Mar 2013 12:53 AM PDT

Boyd PV
boyd_pv@myyzoom.com

logo kdm msia idolJELAJAH uji bakat KDM Malaysia Idol disambung Sabtu ini (23 Mac) di Beaufort.

Bagaimanapun, ia akan berlangsung di Padang Pekan Beaufort dan bukan seperti yang pernah diberitahu sebelum ini.

Perubahan tempat ini perlu atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kata penganjur.

Lokasi uji bakat di Penampang pada 30 Mac ini juga menyaksikan perubahan tempat iaitu di Padang Majlis Daerah Penampang dan bukan di Buhavan Square.

Dua lokasi tambahan telahpun disahkan tarikhnya iaitu di Nabawan pada 6 April (Padang Pekan Nabawan) dan di Padang Pekan Kota Marudu pada 13 April.

Sementara itu, menurut kenyataan penganjur, lokasi uji bakat di Papar yang "ditiadakan" minggu lepas akan diputuskan kemudian sama ada ia dibatalkan terus atau ditunda ke tarikh lain.

Uji bakat KDM Malaysia Idol menjelajah ke hampir setiap daerah di Sabah dan Papar adalah salah satu daripada lokasi dalam senarai asal program itu.

Atas faktor di luar jangkaan, persinggahan jelajah itu di Papar ditiadakan.

Namun, memandangkan penganjur masih belum memuktamadkan status uji bakat di Papar itu, rasanya adalah lebih adil jika jelajah uji bakat di daerah itu diteruskan pada satu tarikh yang sesuai.

Ini adalah untuk berlaku adil kepada belia-belia yang ada di daerah berkenaan kerana selain uji bakat KDM Malaysia Idol, pelbagai acara lain dianjurkan untuk golongan berkenaan.

Membawa sesi uji bakat ke Papar akan mendekatkan belia-belia di daerah itu dengan program-program anjuran Pertubuhan KDM Malaysia, penganjur KDM Malaysia Idol.

Setidak-tidaknya, mereka akan dapat lebih mengenali Pertubuhan tersebut.
Selepas tujuh lokasi, 97 peserta lulus saringan awal dengan mendapat sama ada dua atau tiga kad hijau.

Pemilihan untuk peserta Top 50 akan dibuat selepas lokasi uji bakat terakhir.

Setakat ini, belum ada peserta yang mendapat tiga kad hijau di empat lokasi uji bakat yang mana ia akan mengesahkan tempat mereka dalam Top 50, seperti yang ditawarkan oleh juri – Asmin Mudin (ketua), Betsy Michael dan Mummy Yusof.

Bagaimanapun, peluang masih terbuka luas kerana masih ada empat lokasi uji bakat (tidak termasuk Papar) akan berlangsung selepas ini.

KDM Malaysia Idol disasarkan untuk mencungkil bakat terbaik dari kalangan belia-belia KDM untuk diangkat menjadi idola kaum itu.

Bagaimanapun, program ini dilihat sebagai unik kerana pencarian idola itu tidak sekadar menumpukan kepada bakat nyanyian semata-mata.

Idola yang dicari harus berpengetahuan luas dan mendalam dalam isu-isu berkaitan sosio-ekonomi, politik, budaya, sains dan teknologi serta alam sekitar.

Program yang akan disiarkan secara langsung di kaca TV itu menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM235,000 dengan juara akan membawa pulang RM100,000, naib juara (RM50,000), tempat ketiga (RM30,000), tempat keempat (RM15,000) sementara tempat kelima hingga ke lapan masing-masing akan membawa pulang RM10,000.

Pertandingan itu terbuka kepada penyanyi amatur dan mereka yang sudah pernah merakam album, warganegara Malaysia (tanpa mengira bangsa) dan berumur antara 15 dan 45 tahun.

Peserta, bagaimanapun, harus boleh menyanyikan lagu dalam bahasa Kadazan, Dusun atau Murut.

Maklumat lanjut mengenai program ini boleh diperolehi dengan menghubungi urusetia di nombor 013-8082711, 016-8069067 atau pejabat KDM Malaysia (088-722178).

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved