ads

Jumaat, 19 April 2013

10 di kota belud - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kota belud - Google Blog Search


PEMIMPIN IMPORT MASIH <b>DI KOTA BELUD</b> - Kelapa Mawar

Posted: 14 Apr 2013 12:00 AM PDT

Tun Mustapha, datuk Mohd. Noor Mansor, Datuk Yahya Lampong adalah antara pemimpin besar yang berjaya mengukir nama di persada politik Kota Belud.di awal-awal pasca politik kemerdekaan hingga di era pengaruh PBS, Daerah kota belud tidak lekang menerima 'pemimpin luar' yang "ditempatankan" yang kemudiannya setelah era politik 90-an dan abad ke 21 ini, Pemimpin luar di sebut dengan ironi "pemain Import".Malahan seorang penyokong tegar Tun Mustapha di Usukan memberitahu, walaupun bapa kemerdekaan itu sudah lama meninggalkan kita, namun jika 'namanya' dicalonkan di Usukan, pasti akan meraih undi majoriti, hatta sesiapa juga pemimpin Kota Belud baik dari BN/UMNO atau PR/Pembangkang yang diletakkan untuk menentangnya. Begitu sampai sekali gambaran paradigma politik pengundi di Kota Belud. Tun Mustapha disanjung, diulit pengaruhnya bukan kerana parti USNO tetapi kerana 'karisma'nya. Bukan kerana harta,pangkat,dan jauh sekali untuk hubungannya dengan pemimpin negera. Karismatik pemimpin inilah yang menjadikan isu "pemain import' ini tidak pernah timbul dan tidak pernah dipedulikan dalam sanubari pengundi Kota Belud.Hatta 'pegangan' politik itu berterusan di era politik 70-an,80-an dan 90-an di bumi daerah pejuang ini.

Namun pada era politik negara diambang suntikan laungan "reformasi' terutama pada PRU12 yang lepas, isu 'pemain import' ini mula berlegar di cerita-cerita kedai kopi di Kota Belud.Ianya bukan lagi berkisar kepada 'karismatik' atau kepopularan ataupun keupayaan pemimpin luar ini, tetapi ia lebih kepada 'kerasionalan' sehingga 'pemain import' ini di bawa masuk. seorang pejuang politik di Usukan pernah memberi tahu bahawa 'Kota Belud' sudah tidak ada pemimpin yang diharap, kerana itu politikus luar di bawa masuk. Walaupun ada hujahan bahawa selalunya "pemain import' di bawa masuk untuk membantu pasukan mencapai kejayaan, namun dalam politik isu itu bukan utama kerana yang lebih nyata ialah 'pemain import masuk dan pemain tempatan 'dikeluarkan'.

Inilah antara kelemahan BN di Sabah, sentimen masyarakat setempat tidak seperti di Semenanjung di mana-mana 'asal' calon tidak mempengaruhi undi.Tapi di Kota belud terutama pasca PRU12, isu "pemain import' ini mula mendominasi paradigma pengundi di daerah bertuah ini. "Pemimpin luar" diteropong saban waktu dan malah ada yang secara terus terang mahukan 'pemain import' 'dinyahkan' terus dari mimpi politik daerah Kota Belud.

Jika percaturan BN dan UMNO pada PRU 13 ini dikekalkan di Kota belud, ia tidak akan memberikan apa-apa manfaat kemenangan kepada parti itu, bahkan sokongan dijangka akan merudum lebih teruk dari majoriti yang diperolehi pada PRU lepas. Isunya bukan kerana kebencian atau kerana dendam atau kerana assabiyah, tetapi isunya ialah kerana 'pemimpin tempatan' yang masih bergentayangan dan bertaburan di pelusuk daerah kota belud ini harus segera diberikan 'ruang'. Begitu ramai yang menunggu, masakan peluang itu pula ditutup hanya kerana percaturan politik golongan tertentu yang berada pada kelas atasan. Jika "pemimpin lama' 'direhatkan' maka wajar pemimpin baru dikedepankan. kerana hujah pengundi ini , orang tempatan di Kota Belud boleh memahami aspirasi kepemimpinan mereka.

Dakwaan dan hujahan mereka ini terbukti apabila beberapa isu tempatan yang 'gagal' diselesaikan mengikut sentimen masyarakat Kota Belud menjadi duri dalam daging. Isu tanah di Rampayan, isu pembinaan empangan Tambatuon, Isu tanah di Taburan, Isu kelewatan Sk Tamau, isu pampasan Jalanraya bypass KB-Kudat, isu pengagihan peruntukan Parlimen, isu kekerapan melawat kawasan suku tertentu yang semuanya, melibatkan sentimen masyarakat setempat. "pemain import" kata pengundi ini jauh untuk mengikutinya.

Soal idealisme, soal keupayaan, soal kejelekitan dalam politik, apatah lagi soal kerukunan dengan masyarakat tidak lagi menjadi isu pendominan dalam politik pengundi Kota Belud kelewatan kebelakangan ini. Di mana-mana baik di laman sosial, baik di kedai kopi sehingga di warung tepi jalan cerita sama kedengaran.Inilah yang membimbangkan ramai aktivitis ekonomi di daerah Kota belud. kerana penyediaan infrastruktur berjalan lambat sehingga blue print ekonomi terpaksa 'dijumudkan' ekoran kekurangan kemudahan asas ini.Pengangguran masih menjadi isu utama di kalangan belia. Apa beda kata mereka 'pemain import' dengan yang lepas?itu persoalan yang menjadi trend bilamana dibangkitkan isu keperluan Kota Belud 'menggilap' bakat kepimpinan baru. Bukan pun Kota Belud berada pada tahap 'getir' merempat dan melarat di sudut kepimpinan.

BN dan UMNO ,wajar berhati-hati dalam pemilihan calon di Kota Belud.Sayugia diingatkan bahawa kawasan Kota belud ini baik DUNnya atau PARLIMENnya berada dalam 'intaian' pembangkang. Malahan ketua umum PKR datuk seri Anwar Ibrahim tanpa berselindung 'menggerakkan' jentera dan jampi politiknya di kota Belud dengan niat ingin 'memalukan' UMNO dan BN. Senario politik di daerah ini jauh dari apa yang berlaku lewat PRU 12. BN dan UMNO harus mendengar keluh kesah politik dan paradigma pengundi baru di pekan ini. Memang politik itu magic dan magic itulah yang diharapkan oleh pembangkang.

Mungkin rekod politik sebelum ini menjadikan BN dan UMNO berada pada "zon selesa" sehinggakan lupa bahawa perubahan iklim politik negara dan dunia kini mula menular pada minda sedar pengundi kota Belud.BN dan UMNO tidak punya statistik lengkap untuk mengekalkan Kota Belud pada penguasaan mereka. Apa yang berlaku masih taktik lama , sehari sebelum pembangkang mengunjungi sesuatu kawasan di Kota Belud barulah wakil rakyat kelam kabut mendahului mereka.Lihat kesanya pada 6hb Mei akan datang!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved