ads

Isnin, 18 Mac 2013

10 di tawau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


BN Youth Job Fair <b>Di Tawau</b>, Sabah 2 Mac | MyNewsHub

Posted: 28 Feb 2013 02:44 AM PST


KUALA LUMPUR – BN Youth Job Fair akan diadakan di di Dewan Masyarakat Tawau, Sabah pada 2 dan 3 Mac ini, kata Pengerusi Sekretariat penganjuran, Nazir Hussin Akhtar Hussin.

Beliau berkata, BN Youth Job Fair merupakan inisiatif Pemuda Barisan Nasional (BN) untuk mendepani permasalahan utama golongan muda negara ini iaitu ekonomi dan peluang pekerjaan.

"BN Youth Job Fair 2013 Sabah akan dirasmikan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal pada 2 Mac ini bermula pukul 3.00 petang.

"Karnival kali ini mengambil kira kehendak dan cita rasa golongan muda di situ dalam membina masa hadapan yang lebih berjaya meliputi pelbagai peluang perniagaan, francais, pinjaman perniagaan, latihan kemahiran dan peluang perniagaan dalam industri asas tani," katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Nazir Hussin berkata, pengunjung bukan hanya berpeluang merebut peluang pekerjaan yang lebih menjamin masa hadapan tetapi diberikan pendedahan dengan pelbagai inisiatif yang disediakan kerajaan untuk menjadikan mereka seorang usahawan yang berjaya pada masa akan datang.

Justeru, katanya, golongan pencari kerja termasuk graduan yang masih belum bekerja atau mencari pekerjaan yang lebih baik dijemput datang ke BN Youth Job Fair 2013 Sabah yang dibuka bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang untuk merebut peluang disediakan.

Menurut beliau, pelbagai agensi kerajaan dan syarikat korporat akan terlibat dalam karnival itu seperti Petronas, UEM Group, Celcom Axiata Berhad, Ambank, Tan Chong Motor, RedTone dan 63 lagi golongan majikan yang menawarkan lebih 2,000 peluang pekerjaan. – mynewshub.my

Iklan Teks:

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

makanan yang popular <b>di tawau</b> , sabah - Mieya Story Mory

Posted: 17 Feb 2013 03:26 AM PST

salam mesra , dan salam satu malaysia . hai saya , amira arbain dari I.C.E. tour and travel agency . anda boleh memanggil saya mira ataupun mieya . baiklah tuan-tuan dan puan-puan saya telah dilantik menjadi pemandu pelancong anda selama 3 hari dua malam . sebelum itu , saya ucap selamat datang ke sabah . terima kasih jugak kerana memilih tawau , sabah sebagai destinasi peloncongan anda . 
HA HA HA HA  . lebih lebih pulak aku ni kan . ada pulak meet and greet di sini . rasa macam dalam kelas pulak . mentang-mentang la kan esok kelas da start , tu laa practise tuh . practise laa sangat kan :P
 macam yang aku cakap tadi laa aku mau update makanan di tawau . alaa , aku kan dah genap sebulan di sini ( kota tinggi ) jadi rasa rindu laa jugak kan dengan makanan dan minuman yang top , popular lagi HOT seantero tawau  . cehhh , ayat tuuu , macam karangan pun ada . 

yang pertama , jeng jeng jeng ..

haa , ni NASI GORENG LALAP dengan NASI LALAP . gambar atas di gambar masa berbuka puasa di gerai biru @ atap biru tepi laut . tu laa macam berhambur tu . kelam kabut dorang masak , banyak pelanggan la katakan , sampai gelas pun habis . lakuu gituu . dekat sak dengan highway tu . memang feel kalau makan di situ . suda la makanannya sedap , angin laut lagi bertiup lembut ( bertiup kencang sebenarnya ) . dengan suasana senja lagi , perghh , ROMANTIK youu , awww :*
ko jangan mau senja-ii sangat la , dekat suda tu gerai biru tu dengan masjid al khausar  , bole suda p solat maghrib . HAHAHA .. haa , nama nasi lalap ni aku pun dari mana datangnya , maksudnya pun aku ndak pasti . kalau rajin nanti kamu search laa di google pasal sejarah nama nasi lalap ni yaa . mana la tau ada yang tertanya-tanya maksud @ sejarah di sebalik nama nasi ni . 
Harga biasanya kalau nasi goreng lalap RM 5.50 ke RM 6  ( tengok gerai jgk la ) 
kalau nasi lalap , murah sikit laa , sebab nasi kosong jak kan , harganya RM 5.00 .
ni pulak NASI GONDRONG . makanan ni memang pedasss . kalau yang suka pedas , try laa nasi gondorong ni . pertama kali dengar mesti pelik kan ? sebenarnya "gondrong" ni maksudnya "panjang"  . kalau dak silap , perkataan gondrong ni dari indon . hmm , biasanya "gondrong" di guna untuk rambut lelaki . contoh : ee , gondrong rambutnya . hahaha , ada contoh ayat lagi kan . macam belajar BM . apa kena mengena "gondrong" dengan nama nasi ni pun aku nda tau jugak . harganya dalam RM 5. - RM 5.50 .
ni NASI KUNING  . kalau dalam daun pisang tu lagi sedap . ada aroma-ii daun pisang tu yang buat rasanya lagi sedap . ada nasi kuning ikan , ayam , dan telur . nasi kuning ni tinggalkan banyak kenangan la . masa aku kecik -ii , ni la aku punya sarapan hari-ii . mak aku bisnes nasi kuning ni , bapa aku jual ( jaja nasi kuning , mak yang masak )  haa , kiranya mak aku paling teror la kalau bab-ii nasi kuning nih . ada masa aku belajar tau . nasi kuning ni di masak dengan santan n kunyit . lauknya tu ikan masak bumbubali / ayam / telur rebus . ikut seleraa laa ya . biasanya orang tawau makan nasi kuning ni masa sarapan . harganya dak tetap . dalam RM 1 - 3.50 la yang paling mahal . yang mahal (rm 3.50) tu di restoran la biasanya . biasanya dijual dalam daun pisang . tengok penjual laa . kalau masa tu senang mau cari daun pisang , ok la . daun pisang di tawau ni bermusim , macam musim buah jugak . H A H A H A . kalau dak , di dalam tapau jak la . dalam plastik pun adaa . 

ni pulak GADO - GADO . semua orang tau , tapi rasanya nda sama macam "tawau style" . amboi , kalau aku ni tawau punya makanan paling sedap . tak kan sama dengan mana-ii punya makanan . biasa laa , lidah tawau kan ? dalamnya ada telur rebus , sayur-ii ( kangkung , kacang panjang , tauge yg dicelur ) , tauhu , nasi impit , kuah kacang n last sekali keropok-ii tu la . kalau mau buat tambahan sendiri pun bole . mengikut kreativiti laa kan ? harga pun dak tetap jugak . kalau gerai murah laa . dari RM 2 -  RM 4.50  .
kalau tengok pun tau suda . orang panggil nasi campur tapi kalau kami panggil ( mungkin ada jugak orang tawau nda tau gelaran ni ) kami panggil NASI TOUCH SCREEN . kenapa ? hahaa , kalau pelayannya tanya mau makan apa , kita tunjuk jak makanan tu dari luar kaca  ( macam touch screen la kunuk ), pelayannya tu yang ambilkan makanan untuk kita . haa , kamu faham kenapa di panggil touch screen ? kalau nda faham , ndak apa laa . hahaha . makanan ni boleh cari di atas central market tawau @ di atas pasar gantung . sebelah bawahnya ada kong fah , berdepan dengan servay/parkwel . harganya memang berpatutan . nasi kosong dengan 3 lauk pilihan harganya cuma RM 3.50 saja . di iringi dengan sup , dan air kosong free :)
ni pulak NASI BAMBONG . bambong ? apa tuu ? haa , kalau mau tau "bambong" ni maksudnya penganggur .  nasi bambong ni tentunya ada nasi  , tempe , lauk pilihan anda ( ikan / telur / ayam ) dengan sup dan air kosong free . ok , lokasinya di taman sabindo ataupun lebih sinonim dengan panggilan "taman tikus" . memang nama tempatnya agak thriller di situ . hahaha . nama tempat jak pun . jangan takut mau makan ok . gerai ni memang tertapok ( tersembunyi ) sikit . di belakang rombengan ( bundle ) di taman sabindo tu . HARGANYA memang MURAHHH  ! kalau nasi bambong ikan / telur harganya cuma RM 1.50  , kalau nasi bambong ayam harganya hanya RM 2.50 . murah kan ? di sebabkan murah dan mengenyangkan , gerai ni sentiasa ramai dengan pelanggan . so , kalau gerai ni , x bole la lepak lama-ii , kena tolak ansur la kan sebab terpaksa berkongsi meja .
ni pulak , BAKSO  . addoi , rindunya mau makan .. lebih kurang macam sup jugak la .
 antara kandungannya ialah mihun / mee kuning , ayam , telur rebus n pentolan (bebola daging)
dak lupa jugak kuahnya la kan . makanan ni murah jak ( kalau di kampung aku di kg titingan atau lebih femes dgn nama ICE BOX  ) RM 2 jak . kalau di bandar , mahal sikit laa kot . 
ni pulak menu wajib orang sabah , tawau terutamanya pada hari raya . BURAS ataupun BURASAK . 
beras ni di masak dengan santan separuh masak . lepas tu di bungkus dengan daun pisang n di ikat dengan tali rafia ataupun tali-ii yang sesuai laa kan .
ni pulak BEROBBOK . mungkin ni bahasa bugis . dia lebih kurang bubur ayam . memang sedap !!
antara bahan-ii nya beras , ayam , jagung , bayam ,bawang , lada putih , masako ( penambah perisa ) , cara buat tu macam buat bubur jugak laa . ni aku dak tau jual di mana . aku pernah makan di rumah member jak .

MARTABAK JAWA . lain daripada tempat lain . sedappp ! bahan-ii ada sayur campur ,  daging cincang , telur , bawang besar . di makan panas-ii dengan sambal kicapnya . addoi , sedapnyaaa . update blog sambil telan liur . harganya hanya RM 2.50 sajaa . boleh dapat di kong fah fah tawau . 

ni pulak SAYAP AYAM  tawau . kalau makan , macam dak bole stop . memang sedap . pun bole dapat di kong fah tawau . harganya RM 1.70 Seketul , RM 5  untuk 3 ketul .  aku last makan benda ni tanggal 16 januari 2013 . sehari sebelum aku bertolak ke johor hari tu . kalau datang tawau , mesti try semua ni ..
ni pulak SANGGAR CHEESE . "sanggar" ni membawa maksud pisang goreng . memang bahasa tawau ni lain-ii sikit . hehehe . sanggar ni di goreng macam biasa tapi diletakkan keju di atasnya . ada juga yang letak keju + coklat . memang sedap . aku pernah makan sanggar cheese ni di area fajar harganya RM 2 untuk 7 keping pisang ni . yang aku makan hari tu dia letak cheese n campur di tabur dengan milo . memang layan la . sodapp !

ni pulak SANGGAR PAPPEK . namanya memang lain sikit . masih lain macam lagi walaupun aku dah ubah namanya . hehehe . hidangan ni biasanya orang bugis la yang buat . aku pun dah lama dak makan sanggar ni .  lepas jak pisang ni di goreng , lepas tu di penyekkan . di makan dengan sambal belacan yang pedas n sedap . memang lain dari pisang goreng yang biasa kita makan tu . ada restoran yang jual dekat kfc empire . sebelah kfc tu la kedainya . kalau mau beli seringgit pun bole kot . aku makan benda ni pertama kali di rumah kawan . kalau dak , aku dak kenal dengan sanggar nih .
ni pulak AMPLANG . keropok yang di buat dari ikan / udang . ni jugak antara yang terfemes di tawau . biasanya orang yang datang pi tawau dak sah kalau dak beli amplang ni . amplang ni jugak orang selalu buat ole-ole gitu . kalau orang mau ke semenanjung , mesti beli keropok amplang ni . harganya kalau dalam pek kecik cuma RM 5 . yang besar RM 10 . bole dapat di pasar tanjung @ pasar besar tawau berhampiran dengan pelabuhan tawau .

rasa menitik-ii air liur tengok air di atas ni . ni pulak ABC . yang di atas tu abc jagung , gambar bawah abc milo . ni bole dapat ni gerai ABC ( dekat pelabuhan ) , kong fah ( sebelah central market ) ataupun di atap biru @ gerai biru . eh , mana pun boleh . tapi 3 tempat yang aku sebut ni antara yang terfemes dan tersedap la .. harga , kalau ABC biasa ada yang RM 1.50 - RM 2.OO . kalau ABC jagung dengan ABC milo ni dalam RM 2-3 .
 setakat ni jak laa dulu aku update pasal makanan tawau yang mungkin sedikit pelik , tapi sedap dan murah kan ? banyak lagi aku mau tambah tapi masa jeles dengan aku . kalau datang tawau , mesti cuba makanan-ii ni ok . rugi kalau dak rasa . harga murah dan berpatutan . ok laa , byeeee :)

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved