10 di papar - Google Blog Search |
Musa yakin BN pertahan Parlimen Beaufort, <b>Papar</b>, Tuaran | Free <b>...</b> Posted: 12 Feb 2013 11:29 PM PST Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman yakin Barisan Nasional (BN) dapat mempertahan kerusi Parlimen Beaufort, Papar dan Tuaran dalam pilihan raya umum akan datang. Sambil menangkis kempen yang dilaung pakatan pembangkang kononnya ketiga-tiga kerusi parlimen itu dalam genggaman mereka, beliau berkata majoriti rakyat Sabah menyokong kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah membuktikan kemampuan mentadbir negara dengan baik melalui pelbagai program transformasi kerajaan. "Selama ini, para pemimpin Barisan Nasional khususnya wakil-wakil rakyat di Sabah sentiasa turun padang dan bekerja keras untuk membangunkan kawasan masing-masing. "Saya yakin rakyat Sabah terutama di Beaufort, Papar dan Tuaran bijak menilai dan matang dalam membuat keputusan yang terbaik," katanya kepada Bernama di Kota Kinabalu hari ini. Musa yang juga pengerusi BN negeri, berkata rakyat sedar bahawa pembangunan di kawasan itu bukannya hasil kapasiti individu dan pemimpin tertentu, tetapi atas perjuangan BN. Beliau berkata rakyat telah memberi isyarat jelas pentingnya kesinambungan pembangunan yang dibawa oleh kerajaan BN selama ini serta menghargai keprihatinan perdana menteri yang memperuntukkan pelbagai bantuan dan inisiatif bagi meringankan beban rakyat khususnya golongan miskin. Ini termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan awal persekolahan, Klinik 1Malaysia dan Kedai Rakyat 1Malaysia, katanya. Beliau berkata berdasarkan pelbagai isu dan kelemahan negeri-negeri yang ditadbir pembangkang, rakyat lebih yakin BN boleh menepati janji, berbanding pembangkang. Sehubungan itu Musa, yang mengemudi BN Sabah mencapai kemenangan cemerlang pada pilihan raya umum 2008, merayu rakyat negeri terutama di kawasan Parlimen Beaufort, Papar dan Tuaran supaya terus memberi sokongan padu kepada kerajaan BN bagi memastikan masa depan yang lebih cerah dan terjamin. Parlimen Beaufort kini diwakili bekas timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan Datuk Seri Lajim Ukin. Pada Julai tahun lepas, Lajim mengumumkan peletakan jawatan sebagai ketua Umno bahagian Beaufort dan mengetuai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang menyokong pakatan pembangkang. Kerusi Parlimen Papar kini disandang Ketua Puteri Umno yang juga Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin. Parlimen Tuaran pula diwakili bekas timbalan presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) yang kini mengetuai badan NGO Angkatan Perubahan Sabah (APS) Datuk Wilfred Bumburing. Bumburing sebelum ini mengumumkan keluar daripada BN dan menyatakan sokongan kepada pakatan pembangkang. Dalam pilihan raya umum lepas, BN Sabah pimpinan Musa hampir menyapu bersih 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 25 kerusi parlimen apabila hanya kalah kerusi Dewan Undangan Negeri Sri Tanjung (Tawau) dan Parlimen Kota Kinabalu. - Bernama Short URL: http://www.freemalaysiakini2.com/?p=66560 |
You are subscribed to email updates from di papar - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan