ads

Khamis, 14 Mac 2013

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


Sahabat-Gunung: Polis Nafi Laporan Penceroboh <b>Di Kota Kinabalu</b> <b>...</b>

Posted: 07 Mar 2013 10:15 PM PST


Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini menafikan khabar angin kononnya 700 penceroboh militan akan memasuki Sabah untuk mencetuskan huru-hara di negeri itu.
Beliau berkata penyebaran maklumat melalui media sosial dan SMS, kononnya penceroboh militan itu akan memasuki Kota Kinabalu dan Tawau, adalah tidak benar.
"Maklumat yang disebar dalam berita itu meminta pihak polis berhati-hati dan meningkatkan kawalan keselamatan. Di sini saya nyatakan bahawa maklumat itu bukan dikeluarkan oleh polis dan ia tidak betul," katanya.
Bercakap pada sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di Markas Felda Sahabat 16, dekat sini, Ismail menasihatkan orang ramai supaya jangan mudah terpedaya dan panik dengan maklumat yang tidak sah berhubung isu pencerobohan di Sabah.
"Kalau maklumat yang tidak disahkan sama ada oleh polis atau tentera, jangan mudah percaya," katanya.
Ismail sekali lagi menegaskan bahawa keadaan keselamatan dan keamanan di kawasan pantai timur negeri itu terkawal dan orang ramai tidak perlu cemas.
Sehingga kini 52 penceroboh militan terbunuh dalam Op Daulat sejak insiden pencerobohan di Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer dari bandar Lahad Datu 12 Feb lepas.
Lapan anggota polis terkorban dalam tempoh itu iaitu dua dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam kejadian serang hendap di Kampung Simunul, Semporna pada 2 Mac.

DBKK pertimbang penggunaan lampu LED <b>di Kota Kinabalu</b> <b>...</b>

Posted: 09 Jan 2013 05:05 PM PST

Posted on January 10, 2013, Thursday

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sedang mempertimbang untuk menggunakan lampu berasaskan teknologi diod pemancar cahaya atau LED di kawasan taman ter-utama di kawasan 'hitam' di bandar raya ini.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Abidin Madingkir berkata, penggunaan tek-nologi itu akan dilaksanakan sekurang-kurangnya pada tahun ini secara berperingkat bagi menjamin bandar yang mesra alam.

"Kita akan tukar semua kepada lampu LED me-ngikut fasa dan sebagai permulaan kita sudah kenal pasti beberapa kawasan, jika mendatangkan kebaikan kita akan replace yang sedia ada," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Program CEKAP – Cemerlang, Efisien Kerjasama Amanah Progresif di DBKK di sini, semalam.

Abidin berkata lampu LED menggunakan tenaga jauh lebih jimat berbanding lampu biasa dan mengeluarkan haba yang sangat rendah sekali gus mengurangkan pelepasan karbon dioksida ke atmosfera. — Bernama

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved