10 di kinabatangan - Google Blog Search |
putra merdeka: Kenapa Hadi Terbang Ke <b>Kinabatangan</b>? Posted: 26 Feb 2013 07:32 AM PST Kenapa pulak tetiba Presiden hamPAS pergi ke Kinabatangan? mesti ada sesuatu yang serius...kalau tak masakan Hadi nak ke kawasan yang jauh dari bandar..apakah PAS sudah mendapat tempat di Kinabatangan hingga memaksa Hadi terbang untuk menemui kuda belangnya? Apa pun baca dulu berita dibawah ni... Kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada rakyat sama seperti yang dilakukan Firaun, dipercayai mahu menutup isu kalimah suci Allah. Bekas Setiausaha Dewan Ulama PAS Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad, berkata isu penggunaan kalimah Allah memberi tamparan hebat kepada PAS apabila keputusan dikeluarkan pemimpin tertinggi pakatan pembangkang menyokong penggunaan kalimah berkenaan oleh orang bukan Islam, disanggah Majlis Syura Ulama PAS. "Isu kalimah Allah perkara berat, selepas Majlis Syura PAS kata kalimah Allah tak boleh diguna oleh bukan Islam, Abdul Hadi patut bawa perkara tersebut kepada mesyuarat tertinggi pakatan pembangkang. "Abdul Hadi kena tarik balik kenyataan tersebut selepas Majlis Syura buat keputusan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. Akhbar hari ini melaporkan, Abdul Hadi ketika berucap pada konvensyen pakatan pembangkang di Shah Alam semalam, berkata usaha Kerajaan Pusat melaksanakan pemberian BR1M itu sama dengan Firaun yang disifatkannya turut melaksanakan bantuan yang sama kepada rakyat Mesir ribuan tahun dahulu. Abdul Hadi dipetik berkata tindakan Firaun itu telah disebut di dalam al-Quran yang menceritakan kisah Nabi Musa a.s tentang sikap Firaun memperbodoh-bodohkan rakyat Mesir ketika itu. Wan Ismail yang juga antara pengasas PAS Kelantan turut membidas tindakan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyamakan usaha kerajaan pusat memberi pelbagai bantuan kepada rakyat seolah-olah memberi hampas kelapa, padi dan jerami kepada ayam dan lembu. Beliau percaya orang ramai tidak boleh menerima kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Kelantan itu. - BERNAMA Oooo...rupanya Hadi cuba mengalih isu..cuba menutup bangkai gajah..hehehehe! |
You are subscribed to email updates from di kinabatangan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan