10 di sipitang - Google Blog Search |
Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 <b>Di</b> S.K Lubang Buaya <b>...</b> Posted: 09 Feb 2013 06:38 AM PST PRIHATIN…Sapawi begitu prihatin mendengar permasalahan ibubapa pelajar di majlis tersebut. BANTUAN…Sapawi diperhatikan Oleh Adnan dan Birly menyampaikan bantuan khas awal persekolah RM100 kepada salah seorang pelajar di majlis tersebut. SIPITANG: Pemberian bantuan khas awal persekolahan bukan dibuat disebabkan pilihan raya umum semakin hampir. Sebaliknya, kata Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad, pemberian itu dibuat kerana Barisan Nasional (BN) mahu memastikan tidak akan ada lagi generasi muda akan tercicir daripada menikmati pendidikan. "Matlamat dan tujuan utama pemberian bantuan ini adalah kerana BN mahu membantu rakyat bagi memastikan anak-anak mereka bersemangat untuk menjalani persekolahan dan seterusnya berusaha mencapai pendidikan yang terbaik," katanya pada majlis penyampaian bantuan khas awal persekolahan Sekolah Kebangsaan Lubang Buaya di sini kelmarin. Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Wakil Pegawai Pelajaran Sipitang Adnan Othman, Guru Besar S.K Lubang Buaya Birly Johnny. Katanya BN amat mengutamakan pembangunan dan kemajuan pendidikan dan akan memastikan tiada lagi generasi yang tidak berpeluang untuk menikmati pendidikan. Menurutnya pembangunan dan kemajuan pendidikan akan terus menjadi agenda utama dan pada masa yang sama BN juga sentiasa menyedari keperluan rakyat. Selain bantuan tersebut, katanya, BN juga telah mengadakan pelbagai bantuan dan semuanya adalah untuk rakyat. Beliau berkata BN bukan pembohong sebaliknya berjuang untuk memastikan kesejahteraan, keharmonian dan kemakmuran untuk rakyat. Katanya pemberian itu juga adalah bukti kepada rakyat bahawa BN melakukan apa yang terbaik untuk rakyat. Menurutnya perjuangan BN yang ikhlas adalah untuk rakyat dan bukannya untuk memenuhi kehendak serta keinginan seseorang seperti yang dilakukan oleh pembangkang. Beliau memberitahu bantuan khas awal persekolahan itu akan diteruskan pada masa akan datang. "Jika rakyat terus mengekalkan sokongan dan terus meletakkan BN sebagai kerajaan, bantuan seumpama ini akan terus diadakan dan begitu juga dengan bantuan-bantuan yang lain," katanya lagi. Sapawi berkata BN bukan seperti pembangkang yang banyak menabur janji dan juga menabur pelbagai pembohongan. Katanya pembangkang sebenarnya mahu mengajak rakyat untuk menikmati kehidupan yang susah, ketinggalan dan terus mundur. "Rakyat boleh menilai apa yang diperjuangkan oleh pembangkang sebenarnya...perjuangan pembangkang bukan untuk rakyat sebaliknya mahu menunaikan hasrat dan impian seseorang," katanya lagi.
|
Pesta Tahun Baru Cina <b>Sipitang</b>. | Berita | Terkini | Informasi <b>...</b> Posted: 09 Feb 2013 06:38 AM PST SUMBANGAN…Sapawi diperhatikan Oleh Ahmad, You Boun Kiat dan Lau Kim Ling menyampaikan sumbangan kewangan RM5 ribu kepada Lim Thiam Hock Pengerusi Dewan Perniagaan dan Perindustrian Tiong Hua Sipitang.
SIPITANG: Barisan Nasional tidak akan membiarkan rakyat menjalani kehidupan yang miskin dan susah. kata Datuk Sapawi Ahmad. Ahli Parlimen Sipitang itu berkata BN tidak akan menghalang jika rakyat berusaha untuk menjadi kaya dan mewah tetapi akan menghalang bersungguh-sungguh jika rakyat mahu menjalani kehidupan yang susah dan miskin. "Inilah keistimewaan yang dimiliki oleh BN dan amat jauh berbeza dengan pembangkang," katanya pada sambutan Pesta Tahun Baru Cina di sini malam kelmarin. Pesta tersebut dianjurkan bersama oleh Dewan Perniagaan dan Perindustrian Tionghua Sipitang dan Young Malaysian Movement (YMM). Sapawi memberitahu BN sejak dahulu sehinggalah sekarang terus berusaha untuk memastikan rakyat menikmati kehidupan yang sejahtera, harmoni dan juga makmur. "Sejahtera maknanya rakyat menjalani kehidupan yang selesa, harmoni maknanya menjalani kehidupan tanpa kebimbangan dan makmur menikmati kehidupan yang terbaik termasuklah daripada sudut ekonomi," katanya dan menambah perjuangan yang dilakukan oleh BN adalah seluruh rakyat tanpa mengira anutan agama dan juga kaum. Menurutnya BN tidak mengamalkan pilih kasih sebaliknya semua rakyat dipastikan dapat menikmati apa yang telah dilakukan oleh BN. "Perjuangan BN amat jauh berbeza dengan pembangkang. Jika BN berjuang untuk rakyat dengan penuh keikhlasan dan kejujuran pembangkang pula berjuang untuk memenuhi kepentingan diri serta untuk menunaikan kehendak dan keinginan seseorang," katanya. Beliau berkata bagi memastikan rakyat terus menikmat kesejahteraan, keharmonian dan kemakmuran, BN juga berusaha memastikan perpaduan dan persefahaman antara kaum terus dipererat dan dipermantapkan. Katanya BN yakin dan percaya perpaduan dan persefahaman yang erat membantu mewujudkan kesejahteraan, keharmonian dan juga kemakmuran. "Apa yang dilakukan oleh BN tidak dilakukan oleh pembangkang yang sanggup mengetepikan soal perpaduan dan persefahaman di kalangan rakyat," katanya lagi. Menurutnya BN juga amat menghargai sokongan berterusan daripada rakyat termasuklah kaum Cina. Katanya sokongan yang diberikan oleh rakyat memberikan dorongan dan motivasi kepada BN untuk meningkatkan lagi usaha yang sedia ada bagi memastikan rakyat terus menikmati kesejahteraan, keharmonian dan juga kemakmuran. "Saya amat yakin rakyat termasuklah masyarakat Cina tidak akan mudah diperdaya dan dipengaruhi...saya yakin rakyat amat bijak dan akan membuat penilaian terbaik dan mengekalkan sokongan kepada BN adalah keputusan yang begitu bijaksana," katanya. Pada majlis tersebut, Sapawi mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada masyarakat Cina yang akan menyambutnya pada minggu depan. Katanya perayaan itu seperti perayaan kaum yang lain di negara ini akan diraikan bersama-sama dengan suasana yang harmoni. Seramai enam pertubuhan cina Parlimen Sipitang menerima sumbangan kewangan daripada Sapawi antaranya Dewan Perniagaan dan Perindustrian Tiong Hua Sipitang sebanyak RM5 ribu manakala Kuil Hock Teck Kong, Persatuan Pengurusan Tokong Vie Hun, Mesapol, Merapok Chinese Charatable Trust Board, Persatuan Penganut Dewa Thien Fook Kuang Rumah Murah Beaufort Selatan dan Sing Ong Biou Temple Weston masing-masing menerima RM3 ribu. |
You are subscribed to email updates from di sipitang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan