ads

Sabtu, 9 Februari 2013

10 di kinabatangan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kinabatangan - Google Blog Search


MoU perluas Koridor Hidupan Liar <b>di Kinabatangan</b> - Insight Sabah <b>...</b>

Posted: 23 Jan 2013 01:00 AM PST

MoU perluas Koridor Hidupan Liar di Kinabatangan
Majlis menandatangani MoU - (dari kiri) Pengurus Pentadbiran dan Kewangan Josephine Maluda, Ketua Pemuliharaan dan Penyelidikan Borneo Conservation Trust Raymond Alfred, Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah Datuk Dr. Laurentius Ambu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Masidi Manjun, Pengarah Urusan Myne Resort, Ouh Mee Lan, Pengarah Myne Resort, Tan Kum Peng dan Pengurus Kanan Myne Resort, Rosemawaty Adil Embun

Oleh Shalina R
Gambar oleh Ille Tugimin

Masidi Manjun

"Sememangnya masuk akal untuk memulihara alam. Alam semulajadi adalah aset terbesar Sabah. Kita amat bertuah. Tunjukkan kepada generasi masa depan yang kita sememangnya menjaga aset ini," kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun yang menyaksikan Majlis Menandatangani MoU mengenai Pewujudan dan Pengurusan Orang utan dan Pemuliharaan Gajah Borneo di Koridor Mega Biodiversiti Kinabatangan. MoU itu ditandatangani di antara Borneo Conservation Trust (BCT) dan Myne Resort di Hotel Palace, baru-baru ini.

Bercakap di majlis itu, Setiausaha Kehormat BTC yang juga Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Datuk Dr Laurentius Ambu berkata, "Melihat kepada Santuari Kinabatangan, masalah terbesar yang kita hadapi ialah pecahan kawasan itu. Kami bekerja dengan WWF (World Wildlife Fund for Nature) untuk mengadakan pelan induk bagi menangani masalah ini. Salah satu cadangan pada masa itu ialah bekerjasama dengan pemilik tanah, NGO, resort dan para penanam. "

"Visi itu direalisasikan melalui MoU hari ini. Kami memulakan model pertama melalui perkongsian ini di mana 100 ekar tanah Resort Myne akan diurus bersama-sama dengan BCT dan Jabatan Hidupan Liar Sabah. Tanah itu akan digunakan untuk tujuan pelancongan dan bukan pertanian.

Dr Laurentius Ambu

Sebanyak 200 ekar tanah hutan Myne Resort, terletak di sepanjang pinggir Sungai Kinabatangan di Kampung Bilit. Sejumlah 100 ekar digunakan untuk membina resort itu. Jumlah 100 ekar tanah hutan itu adalah komponen penting yang menghubungkan habitat hutan yang terpencil dari lanskap hutan lebih besar dengan mewujudkan semula koridor biodiversiti di antara Lot 4 dan Lot 5 di Santuari Hidupan Liar Kinabatangan.

"Laluan Ini akan menjadi lebuh raya yang besar untuk gajah bergerak dari utara ke selatan Sabah," kata Ambu. Selain menghubungkan habitat utama bagi gajah, habitat untuk orangutan dan badak juga akan diwujudkan semula di Kinabatangan. Ini akan mengurangkan pengasingan populasi haiwan yang akan mendedahkan spesies kepada hanyutan genetik dan pembiakbakaan. Fragmantasi habitat juga akan meningkatkan kejadian konflik manusia dan hidupan liar.

"Cabaran terbesar dalam pemuliharaan hutan ialah untuk meyakinkan pemilik tanah untuk menangguhkan keuntungan," kata Masidi. "Saya rasakan Myne Resort memang ada hati untuk pemuliharaan."

Masidi juga berkata, perkongsian yang diwujudkan itu akan menarik lebih ramai pelancong ke Sabah. "Kita hanya boleh nampak orang utan di Sumatera dan Borneo. Anda mungkin nampak mereka di tempat-tempat lain tetapi itu bukannya habitat semulajadi mereka. Malah monyet Proboscis juga adalah endemik kepada Borneo."

Ouh Mee Lan

"Burung-burung juga kini lebih berharga ketika masih hidup daripada sudah mati," kata Masidi. "Ini kerana minat memerhati burung semakin meningkat. Sabah mempunyai kira-kira 500 jenis burung tempatan. Keseluruhan Borneo ada kira-kira 624 jenis burung dan 14 adalah endemik kepada Kinabalu. Selain itu, 998 jenis orkid liar dikenal pasti ada di Sabah. "

Menteri itu menambah, Sabah memang tidak dikenali dengan bangunan pencakar langit. Pelancong mencari pengalaman yang unik dan apa yang mereka temui di Sabah membezakan Sabah dari tempat-tempat lain di dunia.

Pengarah Urusan Myne, Ouh Mee Lan, berkata, "Secara jujur, memikir jangka panjang, pemuliharaan hutan ini adalah untuk cucu-cucu saya. Ia dilakukan demi untuk masa depan generasi kita. "

Ada 16 chalet dan rumah panjang di Myne Resort. Resort ini juga merancang untuk membina 40 chalet solar pada 2013. Ia juga bercadang untuk menanam pokok dan membersihkan sungai-sungai dengan kerjasama BCT dan Jabatan. – Insight Sabah

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved