ads

Khamis, 14 Februari 2013

10 di sipitang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di sipitang - Google Blog Search


Older Post - Terkini | Informasi | Teknologi | Pendidikan| Rekabentuk

Posted: 09 Feb 2013 06:35 AM PST

 SUMBANGAN…Sapawi diperhatikan oleh Ahmad, Ir. Musatapa dan Adnan menyampaikan sumbangan kepada Haji Baharin wakil keluarga penerima di majlis tersebut.
 SIAP SEDIA…Sapawi diperhatikan oleh Ahmad dan Adnan menerima laporan gerak jentera PRU markas Pekan Satu, Sipitang di majlis tersebut.
   MANTAP…Sebahagian anggota gerak kerja BN yang menghadiri majlis perasmian tersebut.

 TATAP…Sebahagian anggota gerak kerja BN melakukan acara gimik dengan memangkah kertas undi BN di majlis tersebut.

SIPITANG: Serapkan semangat keikhlasan dan kesetiaan terhadap perjuangan parti.

            Nasihat itu dilontarkan oleh Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Sapawi Ahmad kepada anggota parti Barisan Nasional ketika melawat markas daerah mengundi dalam Parlimen Sipitang.

            Tiga markas dilawat oleh Sapawi iaitu  Zon Pekan 1, Zon Pekan 2 dan Sindumin bagi melihat gerakan yang telah dilakukan oleh markas tersebut.

            "Keikhlasan dan kesetiaan perjuangan amat penting bagi memastikan rakyat terus yakin kepada BN," katanya.

            Beliau berkata kekuatan BN adalah keikhlasan dan kesetiaan yang diperlihatkan oleh anggotanya dan inilah juga yang memberi keyakinan kepada rakyat.

            Menurutnya keikhlasan dan kesetiaan inilah yang membezakan BN dengan pembangkang.

            Katanya seluruh anggota parti tahu bahawa pembangkang hanya menggunakan taktik pembohongan untuk memikat hati rakyat.

            "Apa juga yang kita lakukan untuk rakyat diputar-belitkan oleh pembangkang dan inilah juga cabaran yang harus kita hadapi.

            "Kita perlu memberikan penerangan dan penjelasan kepada rakyat dan tidak boleh mengambil sikap `biarlah'," katanya lagi.

            Beliau berkata sikap tersebut bukan sahaja membiarkan rakyat terus diulit dengan pembohongan pembangkang tetapi juga memperlihatkan ketiadaan keikhlasan dan kesetiaan terhadap perjuangan parti.

            Menurutnya anggota yang tidak ikhlas dan setia akan selalu mempertikaikan apa yang direncanakan oleh parti malah perjuangannya juga lebih terarah kepada kepentingan diri sendiri.

            "Kita sudah melihat beberapa anggota parti yang menyertai pembangkang...mereka mengkritik BN dan menghebahkan pelbagai dakwaan sedangkan apa yang mereka dakwa itu sepatutnya mereka lakukan sewaktu bersama BN.

            "Inilah sikap `biarlah' yang digunapakai oleh bekas anggota parti BN itu dan inilah juga cabaran buat kita," katanya.

            Beliau berkata anggota parti perlu terus mendekati rakyat dan terus mendengar denyutan nadi rakyat.

            Katanya hanya dengan cara itu anggota parti dapat menyalurkan maklumat yang sebenar dan seterusnya mendedahkan pembohongan pembangkang.

            Sapawi yang juga Pengerusi Penyelaras BN Sipitang berkata rakyat masih menaruh kepercayaan dan keyakinan kepada BN untuk terus menerajui kerajaan.

            Menurutnya sokongan dan kepercayaan itu membuktikan bahawa perjuangan BN kepada rakyat adalah yang terbaik.

            "Saya yakin kita mampu menang dua pertiga pada pilihan raya akan datang kerana kebijaksanaan rakyat yang tidak akan menggadaikan masa depan," katanya lagi.

            Beliau juga melahirkan keyakinan bahawa Parlimen Sipitang akan terus menjadi kubu kuat kepada BN.

            Katanya rakyat dalam DUN Lumadan dan DUN Sindumin masih tetap bersama BN dan tahu apa yang diperjuangkan oleh pembangkang.

            Menurutnya perjuangan pembangkang hanya untuk memenuhi keinginan dan kehendak diri sendiri berbanding dengan BN yang meletakkan rakyat sebagai keutamaan dalam perjuangan.

            Hadir sama pada majlis tersebut Adun Sindumin merangkap Ketua Penerangan Umno Sipitang Ahmad Bujang, Ketua Wanita Umno Sipitang Datuk Surinam Sadikun, Setiausaha Umno Sipitang Alidin Mohammad, Ketua Umno Zon Pekan Satu Ir. Mustapa Kassim, Ketua Umno Zon Pekan Dua Adnan Puteh dan Ketua Umno Zon Sindumin Arif Ismail.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved