10 di lahad datu - Google Blog Search |
MOUNTDWELLER: Pencerobohan <b>Di Lahad Datu</b>: Harap Dapat <b>...</b> Posted: 13 Feb 2013 08:54 PM PST Tahniah kepada Pasukan Keselamatan kerana berjaya mengesan mereka lebih awal Walau apa pun yang bakal terjadi, keselamatan rakyat perlu diutamakan Kita harapkan kemelut ini dapat diselesaikan tanpa kekerasan dan pertumpahan darah IGP: Kumpulan berpakaian tentera dikepung di Lahad Datu Pihak berkuasa keselamatan berjaya mengesan sekumpulan lelaki warga asing berpakaian ala tentera dan bersenjata api menceroboh masuk ke Lahad Datu, Sabah, semalam. Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar malam tadi berkata kumpulan tersebut menceroboh masuk disebabkan masalah yang berlaku di selatan Filipina. Beliau berkata pihak keselamatan telah mengambil tindakan mengepung kawasan tersebut dan mengarahkan kumpulan tersebut meletak senjata serta menyerah diri. "Keadaan ini adalah terkawal dan orang ramai tidak perlu bimbang," kata Ismail dalam kenyataan tiga perenggan yang dikeluarkan pada pukul 8.30 malam ini. Menurut sumber polis, lebih 100 anggota kumpulan, disyaki kumpulan militan dari selatan Filipina, bersenjata lengkap dan berpakaian celoreng tentera telah mendarat di persisiran pantai Lahad Datu dengan menaiki bot pancung. Bagaimanapun setakat 10 malam ini, pihak berkuasa keselamatan tidak dapat mengesahkan tujuan kumpulan itu sama ada merancang untuk melakukan aktiviti keganasan di bandar berkenaan. Pihak berkuasa juga tidak dapat memastikan sama ada kumpulan berkenaan mempunyai kaitan dengan penahanan tiga lelaki termasuk bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Yazid Sufaat di Kuala Lumpur, minggu lepas dan kematian seorang rakyat Malaysia Mohd Noor Fikrie Abd Kahar, 26, yang ditembak oleh pasukan keselamatan Filipina di Davao, selatan Filipina, 14 Dis lepas. Sementara itu, Panglima ATM Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin ketika dihubungi Bernama enggan mengulas lanjut mengenai insiden itu dan hanya berkata "tunggu kenyataan daripada Ketua Polis Negara". Manakala Pengarah Jabatan Petugas Khas dan Anti Pengganas Bukit Aman, Datuk Mohamad Fuzi Harun, berkata polis Sabah masih menjalankan siasatan terhadap insiden tersebut. Beliau berkata adalah terlalu awal untuk mengulas lanjut mengenai perkara itu. "Saya belum terima apa-apa maklumat...ia di bawah siasatan polis Sabah. Jika warga asing itu telah ditahan pasukan tentera maka kesemua mereka akan diserahkan kepada pihak polis untuk disoal siasat," katanya. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai insiden tersebut dan kemungkinan satu sidang media akan diadakan esok berhubung perkara itu. Pada November lepas, seorang pengurus ladang kelapa sawit dan penolongnya dilaporkan diculik sekumpulan lima lelaki bersenjata dari sebuah ladang di kawasan pedalaman di bahagian pantai timur Sabah. Selain insiden itu, pada September 1985, sebuah bank dan pejabat Malaysia Airlines (MAS) di Lahad Datu pernah dirompak oleh 26 lelaki dan seorang wanita, yang bersenjatakan M-16, pelancar grenade dengan kumpulan itu berpakaian ala tentera. Dalam rompakan itu 11 orang awam terbunuh manakala seorang pengawal dan tiga orang awam cedera. |
Puluhan Warga Filipina Bersenjata Dikesan <b>Di Lahad Datu</b> Posted: 13 Feb 2013 11:30 PM PST KUALA LUMPUR – Lebih 100 lelaki warga asing dipercayai dari selatan Filipina yang berpakaian ala tentera dan sebahagiannya dipercayai bersenjata api berjaya dikesan menyeludup masuk dan menceroboh ke Lahad Datu, Sabah pada Selasa lalu. Bagaimanapun keadaan di sana ketika ini terkawal dan pihak keselamatan negara yang terdiri pasukan tentera dan polis, termasuk dari unit komando sedang memantau situasi tersebut bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam kenyataan tiga perenggannya pada malam Rabu bagaimanapun meminta orang ramai supaya tidak bimbang dengan insiden tersebut. Menurutnya, insiden yang berlaku disebabkan masalah yang berlaku di selatan Filipina. Beliau berkata pihak keselamatan telah mengambil tindakan mengepung kawasan tersebut dan mengarahkan kumpulan tersebut meletak senjata serta menyerah diri. "Keadaan ini adalah terkawal dan orang ramai tidak perlu bimbang," kata Ismail. Menurut sumber polis, kumpulan ini dikatakan telah mendarat di persisiran pantai Lahad Datu dengan menaiki bot pancung. Bagaimanapun setakat 10 malam, pihak berkuasa keselamatan tidak dapat mengesahkan tujuan kumpulan itu sama ada merancang untuk melakukan aktiviti keganasan di bandar berkenaan. Sementara itu, Panglima ATM Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin ketika dihubungi Bernama enggan mengulas lanjut mengenai insiden itu dan hanya berkata "tunggu kenyataan daripada Ketua Polis Negara". Pengarah Jabatan Petugas Khas dan Anti Pengganas Bukit Aman, Datuk Mohamad Fuzi Harun, berkata polis Sabah masih menjalankan siasatan terhadap insiden tersebut. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai insiden itu dan kemungkinan satu sidang media akan diadakan Khamis berhubung perkara berkenaan. Dalam perkembangan berkaitan, kami difahamkan 'semua tindakan perlu' telah diambil oleh pihak berkuasa bagi memastikan kawasan yang terlibat khususnya dan Sabah amnya berada dalam keadaan selamat. Dikatakan, beberapa kawasan pulau kecil yang disyaki digunakan oleh warga asing tersebut telah dikenal pasti lokasinya. Menurut sumber, insiden tersebut berkait rapat dengan tuntutan warga asing berkenaan terhadap kedaulatan Sabah namun siasatan terperinci masih dijalankan bagi menentukan motif sebenar kejadian. |
You are subscribed to email updates from di lahad datu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan