ads

Selasa, 12 Februari 2013

10 di ranau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


Penemuan Batu Lagenda <b>di</b> Kg.Kinarasan <b>Ranau</b> - .::Portal Rasmi <b>...</b>

Posted: 04 Dec 2012 08:52 AM PST


PENEMUAN batu yang dipercayai 'Batu Lagenda' dekat Kg. Kinarasan, terletak kira-kira 9.5 kilometer dari pekan Ranau, satu lagi daya tarikan orang  ramai  terutama para pengunjung dari luar daerah  untuk datang ke Ranau.
Selain Taman Warisan Dunia, 'Taman Kinabalu', Taman Kolam Air Panas Poring, Rumah Panjang Resort Taman Sabah Teh Nalapak, Pusat Tagal Ikan Sungai Moroli Kg.Luanti Baru disamping keindahan alam semulajadi serta kehijauan dan kesegaran udara kawasan tanaman sayuran tanah tinggi Kundasang, penemuan 'Batu Lagenda' Kg.Kinarasan sebulan lepas, turut menggamit orang ramai untuk datang melihat sendiri keunikan  batu-batan berbentuk haiwan, seperti babi, kerbau dan ada menyerupai badan gajah dan sebagainya.
Batu unik tersebut terletak kira-kira 300 meter dari jalan utama Ranau-Tambunan setengah kilometer dari pusat  kampung Kinarasan, di kawasan tanah geran milik seorang penduduk, Syeah Amran Bin Subin yang telah berusaha menggali atau mengorek  batu itu selepas mendengar satu cerita (lagenda) daripada salah seorang warga emas dari Kg.Kinarasan.
Menurut Syeah Amran, golongan tua di kampung itu menceritakan metos atau  lagenda yang berlaku di mana tempat batu itu dijumpai suatu ketika (ratusan tahun) dahulu, merupakan satu perkampungan, tetapi ditanggalkan selepas melihat bintang ternakan yang penduduk tambatkan di tiang rumah (bawah kulung rumah) pada suatu petang telah bertukar menjadi batu pada keesokannya selepas sekumpulan 'Bobolian' selesai  membaca mentara dalam satu upacara penyembuhan wabak penyakit melanda penduduk di kawasan berkenaan ketika itu.
  "Kini tidak ramai lagi yang mengetahui cerita sebenar  berhubung lagenda   batu ini, kerana mereka yang pernah menceritakan kepada kami dahulu berhubung lagenda itu, sudah meninggal dunia akibat sakit tua",  jelas Syeah Amran, kepada penulis yang turut berkunjung dan merakam gambar kenangan  keunikan bentuk Batu Lagenda itu.
Syeah Amran berhasrat menjadikan tempat itu sebagai satu  lokasi tarikan  bagi memberi ruang dan peluang kepada orang ramai sama ada para pengunjung dari dalam atau luar daerah untuk melihat sendiri keunikan batu itu  dan  penyediaan kemudahan kepada para pengunjung kini masih dalam proses penyiapan.
   "Kita  ada cadangan  menjemput Menteri Pelancongan,  Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah yang juga ADUN Karanaan, Datuk Masidi Manjun untuk datang  menyaksikan  keunikan batu  ini seterusnya dibuka  kepada orang ramai selepas siap semua kemudahan yang perlu", jelasnya.
Tinjaun penulis ke tempat itu kelmarin, mendapati  kawasan persekitaran di mana batu itu dijumpai, terletak  100 meter dari jalan raya utama Ranau-Tambunan mengambil masa  kira-kira 5 minit  berjalan kaki menuruni cerun bukit melintasi hutan rimba  serta celah-celah rumpun bambu sebelum sampai ke  lokasi batu lagenda berkenaan. Hutan persekitarannya juga kaya dengan hidupan flora dan fauna.
Syeah Amran menasihatkan orang ramai yang berhasrat ke lokasi batu itu supaya lebih berhati-hati dan menjaga keselamatan terutama pada musim hujan kerana keadaan jalannya yang agak licin.
"Kita tidak membenarkan para pengunjung mengambil gambar (objek) batu tersebut atas sebab-sebab tertentu", tegas  Syeah Amran sambil menasihatkan juga kepada para pengunjung supaya tidak  menyentuh batu itu, dan tidak membuat bising sepanjang berada di kawasan itu, juga atas sebab-sebab tertentu.
Beberapa pengunjung yang sempat ditemui, menyifatkan batu itu adalah unik dan mereka mendakwa memang  'berpenghuni, (berpenunggu), namun tidak mengganggu sesiapa jika berniat baik untuk berkunjung ke tempat  berkenaan.
"Ada kawan saya yang pernah merakam gambar  batu itu menggunakan telefon bimbitnya….. tetapi alangkah terkejutnya dia apabila terpapar  wajah budak ganjil, berbibir tebal dengan muka membonjol panjang…..namun tiba-tiba   gambar  muka budak itu hilang dalam skrin telefon", jelas salah seorang pengunjung yang enggan namanya disiarkan.
Bagaimanapun, untuk lebih jelas penulis mempelawa orang ramai supaya datang memerhati dan menyaksikan  sendiri  keunikan bentuk batu itu.
Oleh: Jainudin Nasir
Siaran Akhbar Utusan Borneo

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved