10 di kinabatangan - Google Blog Search |
MoU perluas Koridor Hidupan Liar <b>di Kinabatangan</b> - Insight Sabah <b>...</b> Posted: 23 Jan 2013 01:00 AM PST
MoU perluas Koridor Hidupan Liar di Kinabatangan
Oleh Shalina R
"Sememangnya masuk akal untuk memulihara alam. Alam semulajadi adalah aset terbesar Sabah. Kita amat bertuah. Tunjukkan kepada generasi masa depan yang kita sememangnya menjaga aset ini," kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun yang menyaksikan Majlis Menandatangani MoU mengenai Pewujudan dan Pengurusan Orang utan dan Pemuliharaan Gajah Borneo di Koridor Mega Biodiversiti Kinabatangan. MoU itu ditandatangani di antara Borneo Conservation Trust (BCT) dan Myne Resort di Hotel Palace, baru-baru ini. Bercakap di majlis itu, Setiausaha Kehormat BTC yang juga Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Datuk Dr Laurentius Ambu berkata, "Melihat kepada Santuari Kinabatangan, masalah terbesar yang kita hadapi ialah pecahan kawasan itu. Kami bekerja dengan WWF (World Wildlife Fund for Nature) untuk mengadakan pelan induk bagi menangani masalah ini. Salah satu cadangan pada masa itu ialah bekerjasama dengan pemilik tanah, NGO, resort dan para penanam. " "Visi itu direalisasikan melalui MoU hari ini. Kami memulakan model pertama melalui perkongsian ini di mana 100 ekar tanah Resort Myne akan diurus bersama-sama dengan BCT dan Jabatan Hidupan Liar Sabah. Tanah itu akan digunakan untuk tujuan pelancongan dan bukan pertanian.
Sebanyak 200 ekar tanah hutan Myne Resort, terletak di sepanjang pinggir Sungai Kinabatangan di Kampung Bilit. Sejumlah 100 ekar digunakan untuk membina resort itu. Jumlah 100 ekar tanah hutan itu adalah komponen penting yang menghubungkan habitat hutan yang terpencil dari lanskap hutan lebih besar dengan mewujudkan semula koridor biodiversiti di antara Lot 4 dan Lot 5 di Santuari Hidupan Liar Kinabatangan. "Laluan Ini akan menjadi lebuh raya yang besar untuk gajah bergerak dari utara ke selatan Sabah," kata Ambu. Selain menghubungkan habitat utama bagi gajah, habitat untuk orangutan dan badak juga akan diwujudkan semula di Kinabatangan. Ini akan mengurangkan pengasingan populasi haiwan yang akan mendedahkan spesies kepada hanyutan genetik dan pembiakbakaan. Fragmantasi habitat juga akan meningkatkan kejadian konflik manusia dan hidupan liar. "Cabaran terbesar dalam pemuliharaan hutan ialah untuk meyakinkan pemilik tanah untuk menangguhkan keuntungan," kata Masidi. "Saya rasakan Myne Resort memang ada hati untuk pemuliharaan." Masidi juga berkata, perkongsian yang diwujudkan itu akan menarik lebih ramai pelancong ke Sabah. "Kita hanya boleh nampak orang utan di Sumatera dan Borneo. Anda mungkin nampak mereka di tempat-tempat lain tetapi itu bukannya habitat semulajadi mereka. Malah monyet Proboscis juga adalah endemik kepada Borneo."
"Burung-burung juga kini lebih berharga ketika masih hidup daripada sudah mati," kata Masidi. "Ini kerana minat memerhati burung semakin meningkat. Sabah mempunyai kira-kira 500 jenis burung tempatan. Keseluruhan Borneo ada kira-kira 624 jenis burung dan 14 adalah endemik kepada Kinabalu. Selain itu, 998 jenis orkid liar dikenal pasti ada di Sabah. " Menteri itu menambah, Sabah memang tidak dikenali dengan bangunan pencakar langit. Pelancong mencari pengalaman yang unik dan apa yang mereka temui di Sabah membezakan Sabah dari tempat-tempat lain di dunia. Pengarah Urusan Myne, Ouh Mee Lan, berkata, "Secara jujur, memikir jangka panjang, pemuliharaan hutan ini adalah untuk cucu-cucu saya. Ia dilakukan demi untuk masa depan generasi kita. " Ada 16 chalet dan rumah panjang di Myne Resort. Resort ini juga merancang untuk membina 40 chalet solar pada 2013. Ia juga bercadang untuk menanam pokok dan membersihkan sungai-sungai dengan kerjasama BCT dan Jabatan. – Insight Sabah |
ZAKRI ALI: LUNYAI... Umno Tumbang Lagi <b>Di Kinabatangan</b>! 400 <b>...</b> Posted: 17 Nov 2012 08:30 PM PST Kemasukan 400 ahli Umno Cawangan Batu Putih dalam parlimen Kinabatangan yang diketuai Ariffin Ganing ini merupakan jalan perintis dan laluan kepada parti Pakatan Rakyat mara ke hadapan khususnya bagi membentuk kerajaan persekutuan yang baru selepas pilihanraya umum ke-13 nanti. Ada beberapa sebab kenapa mereka meninggalkan Umno, kemudian menyertai Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) kerana mereka sudah jelak dan bosan dengan pembohongan para pemimpin Umno yang cakap tidak serupa bikin. Banyak janji-janji yang tidak ditepati, kalaupun ada, pembangunan dan kemudahan-kemudahan asas disalurkan hanya untuk kaum kerabat dan kroni ADUN berkenaan sahaja yang mendapat keistimewaan. Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali berkata demikian semasa diwawancara oleh Sabahkini.Net sejurus selepas merasmikan program Reformasi Kebangkitan Rakyat Kinabatangan anjuran KEADILAN Zon Sukau, kelmarin. Katanya, rakyat Kinabatangan mulai sedar bahawa ADUN Sukau gagal membela nasib rakyat yang terus tertindas di mana tanah-tanah mereka dirampas dan direstui Kerajaan Negeri Sabah. Sebagai bukti kata Azmin, kes tanah Sungei Koyak A Fasa I, II dan III di kawasan Kinabatangan telah menghadapi masalah yang membabitkan 400 pemilik telah menjadi mangsa penipuan oleh orang yang rakus merampas tanah-tanah mereka kemudian dijual kepada syarikat-syarikat yang ada kepentingan dengan para pemimpin Umno. Katanya lagi, kegagalan ADUN dan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Kinabatangan iaitu Bung Moktar Radin membantu menyelesaikan tanah seluas lebih 3,000 ekar yang kini menjadi milik Kwantas Plantation telah mencetuskan kemarahan dan kebencian di kalangan pemilik-pemilik tanah tersebut terhadap kerajaan Umno dan BN sedangkan mereka adalah pengundi tegar dan penyokong kuat rejim itu. "Kita bersyukur kerana kini mereka telah mengalihkan sokongan mereka dan kini mendapat 400 undi bonus pada pilihanraya umum akan datang," ujar Azman sambil senyuman puas. Kaa Azmin lagi, mereka kini bosan dan kecewa kerana Kerajaan BN lebih mengutamakan warga asing yang mendapat kerakyatan songsang daripada anak jati Sabah. "Ada 4 isu yang saya akan jelaskan di sini yang sedang menghantui Najib Altantuya. Pertama Najib Altantuya takut dengan RM (Rosmah Mansor); kedua takut dengan hantu Altantunya; ketiga takut dengan RCI (Suruhanjaya Diraja Siasat Pendatang Asing Tanpa Izin) dan yang keempat takut dengan pilihanraya," ujar Azmin sambil berseloroh. Kata Azmin lagi, 70 peratus wakil rakyat Umno walaupun tidak berjawatan menteri dan hanya bergelar ADUN tetapi memiliki harta 'karun' berjuta-juta ringgit, 3-4 buah kereta mewah; rumah bunglow, beristeri lebih daripada dua; tidak termasuk gundik dan perempuan simpanan yang hidup dalam penuh kemewahan. "Bagi menutup segala kepincangan mereka, kerana hendak menambat kembali hati rakyat yang terluka, Kerajaan Umno dan BN terpaksa berhutang berbilion ringgit untuk membiayai banyak projek kacang putih, tetapi rakyat kini tidak lagi secuai dulu," ujarnya yang meyakini bahawa rakyat hanya mengambil segala bantuan diberikan tetapi tetap memilih Pakatan Rakyat sebagai Kerajaan selepas PRU-13. Foto dan berita ihsan Sabahkini.Net Jalan Pulang |
You are subscribed to email updates from di kinabatangan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan