ads

Khamis, 31 Januari 2013

10 di papar - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


Lawatan Integrasi Persatuan-Persatuan Belia <b>Papar</b> Ke Labuan

Posted: 22 Jan 2013 11:22 PM PST

Antara delegasi persatuan-persatuan belia yang terlibat

LABUAN — Seramai 70 orang pemimpin dan ahli persatuan belia yang terdiri daripada 6 persatuan bernaung di bawah Persatuan Belia Pendalaman bawah Negeri Sabah telah mengadakan lawatan ke Labuan pada 18 dan 19 Januari 2013 yang lalu.

Pegawai pengiring rombongan ini, Encik Sulaiman Hj. Ahmad dari Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah berkata, rombongan kali ini melibatkan seramai 70 orang pemimpin dan ahli terdiri dari 6 Persatuan belia daripada 12 Persatuan belia yang ada di Papar. Persatuan ini juga adalah gabungan dari 45 persatuan yang bernaung dibawah Persatuan belia Pendalaman bawah.

Sepanjang dua hari satu malam lawatan integrasi ini turut diisi dengan aktiviti-aktiviti yang lain antaranya perlawanan persahabatan sukan melibatkan 5 acara iaitu bolasepak, futsal, bola tampar, sepak takwar dan badminton. Turut diadakan majlis makan malam antara ahli rombongan dan Majlis Belia Labuan.

Dalam ucapan kedua-dua pemimpin di malam jamuan tersebut, Timbalan Presiden Majlis Belia Labuan, saudara Basran Bin Yunus mengalu-alukan kunjungan rombongan belia dari Papar ke Labuan. Katanya lagi hubungan sebegini haruslah selalu diamalkan untuk kebaikan dan pembangunan Belia itu sendiri. beliau juga turut melahirkan rasa kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh semua ahli rombongan walaupun terdiri dari 6 persatuan belia yang berbeza.

Sementara itu dalam ucapan balas wakil rombongan En. Masrof Yaacob berkata, hubungan sebegini adalah sesuatu yang baik untuk kedua-dua organisasi dan menyifatkan sambutan dari Majlis Belia Labuan sesuatu yang patut dan wajar dihargai walau dalam masa sama Majlis Belia Labuan terlalu sibuk dengan pelbagai aktiviti yang diadakan.

Beliau juga berharap agar hubungan ini tidak terhenti begitu saja dan mempelawa agar Majlis Belia Labuan pula akan mengadakan lawatan ke tempat mereka.

Antara Persatuan yang turut serta dalam rombongan kali ini ialah, Gabungan Persatuan Belia Bahagian Pantai Barat Selatan Sabah, Persatuan Penggerak Belia Bersatu Papar, Persatuan Belia Kalbut Papar, Persatuan Belia Kampung Melugus Papar, Persatuan Belia Taman Sayang Papar, Persatuan Belia Bungug Papar dan Persatuan Belia ANDUS Papar.

64643_4253197055178_817762788_n

Antara pemimpin kedua-dua persatuan bersama Penolong Pengarah Jabatan Belia & Sukan Labuan



DSAI <b>Di Papar</b>,Sabah : SAMBUTAN MEMBAWA HARAPAN <b>...</b>

Posted: 13 Oct 2012 10:37 AM PDT

أَلا إِنَّ أَوْلِيَاءَ اللَّهِ لا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلا هُمْ يَحْزَنُونَ .الَّذِينَ آمَنُوا وَكَانُوا يَتَّقُونَ

Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka, dan mereka pula tidak bersedih hati. Wali-wali Allah itu ialah orang-orang Yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa. (Yunus 10: 62-63)

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved