ads

Khamis, 31 Januari 2013

10 di kota belud - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kota belud - Google Blog Search


UMNO Online - 160 Pemilik Sawah <b>Di Kota Belud</b> Terima Insentif <b>...</b>

Posted: 24 Dec 2012 03:58 AM PST

Kategori Pembela Rakyat, Kata Di Kota

160 Pemilik Sawah Di Kota Belud Terima Insentif Pengurusan Berpusat NKEA

KOTA BELUD, 24 Dis – Seramai 160 pemilik sawah di sini hari ini menerima insentif pengurusan berpusat Bidang Ekonomi Utama Negara (Pertanian) EPP 11 sebanyak RM809 seekar atau RM2,000 sehektar.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Yahya Hussin, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri, berkata matlamat EPP 11 Kota Belud, yang dikendalikan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan Kota Belud, adalah untuk meningkatkan produktiviti penanaman padi dan dilaksanakan secara berperingkat.

"Peringkat pertama disasarkan bermula pada minggu ketiga bulan depan dengan keluasan 800 hektar melibatkan seramai 762 pemilik sawah di Kampung Taun Gusi Kerajangan, Taun Gusi Padang dan Jawi-Jawi (di Kota Belud).

"Pelaksanaannya sehingga 2020 yang menyasarkan keluasan sebanyak 5,000 hektar," katanya.

Yahya berkata kerajaan akan terus mencari kaedah dan pendekatan terbaik dan sesuai untuk membela nasib rakyat khususnya dalam meningkatkan taraf hidup dan sosio-ekonomi mereka.

Berita Bertarikh Pada 24 December 2012 7:58 PM

bagaimana &#39;melayu&#39; boleh menyusup masuk dalam <b>...</b> - Kelapa Mawar

Posted: 21 Jan 2013 09:47 PM PST

Pendedahan yang dibuat oleh Musli Oli berkaitan dengan jumlah pengundi berdaftar "melayu' di Kota Belud yang mencatat bilangan melebihi jumlah pengundi suku Iranun akhirnya mendapat perhatian dari pelbagai pihak. Kehadiran "melayu' di daerah Kota Belud adalah sesuatu yang dianggap sangat luar biasa apatah lagi kebanyakkan pengundi berstatus "MELAYU" itu tidak mempunyai alamat tetap dan pula dikatakan tinggal di perkempungan Iranun.

Sesuatu yang mungkin mempunyai motif tertentu kerana proses migrasi itu pula tidak terdapat pada suku bajau dan Dusun yang turut mendiami daerah Kota Belud. Apakah situasi ini adalah terancang seperti juga pemberian taraf kewargnegaraan kepada PATI.

Seorang pendidik yang juga setiausaha Persatuan Graduan Iranun Sabah atau PAGISA iaitu Sdr Milus Alu dalam satu kenyataannya yang dipetik dalam Fcb menyatakan Rekod Pejabat. Daerah 1991 oleh Ranjit Singh, orang Iranun berjumlah 9,781 orang. Ketika saya semak daftar pengundi memang orang Iranun 4424 berbanding Melayu, tapi bila saya teliti balik 4506 itu yang disebut Melayu terletak dalam kawasan atau perkampungan orang Iranun.

Kemudian situasi luar biasa itu turut mengundang keraguan beliau seperti Rekod Pejabat. Daerah KB 1998 orang Iranun di N. 6 Tempasuk 5225 orang, manakala di N. 7 Usukan 3408 orang. Mungkin ini strategi politik supaya UMNO kelihatan relevan di Sabah, khusus KB kerana ramai Melayu rupanya, UMNO dgn rasmi masuk ke Sabah pada 22 Feb 1991 dan dapat diterima dengan mudah.....

Jika keraguan ini berasas, bermakna sekali lagi jentera kerajaan dipergunakan untuk kepentingan politik tertentu.Mengubah demografi pengundi selain dariada taktik mengubah persempadanan kawasan Pilihanraya adalah antara taktik kotor yang dilakukan oleh pihak tertentu demi mengekalkan kuasa.

pembersihan daftar pemilih dalam kalangan suku Iranun harus segera dilakukan, Tidak mustahil satu hari nanti orang Melayu yang diada-adakan akan menggantikan suku Iranun di Kota Belud sehingga suku Minoriti ini terus tenggelam dalam politik Sabah.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved