ads

Ahad, 9 September 2012

10 di tenom - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tenom - Google Blog Search


Kesedaran Pengguna <b>di Tenom</b> Rendah? - Parti Bersatu Sabah (PBS)

Posted: 15 Jul 2012 11:07 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Kesedaran Pengguna di Tenom Rendah? Sedcovest Tenom, 14 Julai 2012: Penduduk Tenom dinasihatkan agar mendalami pengetahuan berkaitan hak dan prosedur kepenggunaan. Ini membantu mereka mengelak dari ...

UMNO Online - Belia <b>Tenom Di</b> Gesa Sertai Askar Wataniah- Jamawi

Posted: 15 Dec 2009 08:52 PM PST

Kategori Dari Bahagian

Belia Tenom Di Gesa Sertai Askar Wataniah- Jamawi

Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh

TENOM, 27 Mei – Golongan belia khususnya di luar bandar daerah ini digesa menyertai askar wataniah jika masih belum terlibat dalam mana-mana persatuan beruniform.

Ketua Pemuda UMNO Tenom, Jamawi Jaafar berkata penyertaan itu akan menghindarkan mereka daripada terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat.

"Bilangan belia yang menyertai askar wataniah masih lagi kurang sedangkan daerah ini mempunyai jumlah belia yang ramai.

"Apa yang paling penting, langkah ini dapat menyuntik semangat patriotik dalam jiwa mereka selain mengisi masa terluang dengan perkara yang berfaedah," ujarnya yang juga Exco Pemuda UMNO Malaysia.

Beliau berkata penerangan dan penjelasan mengenai askar wataniah perlu dilakukan secara lebih aktif bagi menarik lebih ramai remaja yang merupakan golongan sasar.

Sejajar dengan itu, katanya, penubuhan Kompeni Askar Wataniah bukan sahaja di Tenom tetapi di seluruh negara adalah satu langkah yang tepat sekali.

"Kita harap golongan belia di setiap daerah khususnya di daerah ini menyertai askar wataniah. Penyertaan ini merupakan bukti kasih dan setia mereka untuk menyumbang khidmat mempertahankan negara.

"Dengan cara ini, mereka akan menyedari tanggungjawab menjaga keamanan negara bukan dipikul pihak berkuasa semata-mata," katanya.

Menurutnya, difahamkan 125 daripada 222 kawasan Parlimen sedang dalam proses untuk menubuhkan kompeni tersebut secara berperingkat dan dijangka selesai pada 2011. -MediaUMNO

 

Berita Bertarikh Pada 7:21 PM

WikiSabah News: Lagi sokongan untuk PBS bertanding MP <b>Tenom</b>

Posted: 26 Aug 2012 11:20 AM PDT


Oleh: Basir Abdullah

Saudara Pengarang,

SAYA  menyokong penuh kenyataan Adun Melalap Datuk Radin Malleh  supaya pucuk pimpinan BN menimbang untuk memberi peluang kepada PBS untuk mewakili BN untuk bertanding di kerusi Parlimen P.181 Tenom. Kini sudah menjadi pengetahuan umum bahawa Datuk Rubin Balang, Ketua Bahagian UMNO Tenom sedang mempersiapkan jentera pilihanraya untuk bertanding di kerusi Parlimen P.181 Tenom atas tiket BN. Dan adalah diuar-uarkan bahawa pucuk pimpinan UMNO telah bersetuju dengan pencalonan beliau. Beliau sekarang adalah ADUN N.36 Kemabong.

Saya tidak bermaksud untuk memperkecil-kecil parti komponen lain, tetapi saya menyatakan sesuatu yang hakikat sebenarnya dan juga atas rasa sayangkan kepada BN dan untuk menghindarkan kekalahan BN jika salah parti komponen yang dipertaruhkan untuk bertanding di kawasan Parlimen P.181 Tenom.. Selaku penduduk asal daerah Tenom saya melihat bahawa parti PBS lah yang amat sesuai untuk mewakili rakyat di kawasan ini di dewan rakyat, atas sebab-sebab berikut:-

Tidak dapat dinafikan sentimen kurang senang dengan UMNO di kalangan rakyat umum, sudah mula menular di Tenom. Oleh itu, jika cadagan PBS itu tidak diberi perhatian yang sewajarnya, maka ia mungkin akan menjejaskan peluang BN untuk mempertahankan kerusi Parlimen Tenom. Lantas kenyataan Y.B. Datuk Radin yang mengatakan PBS boleh menang dengan mudah, jika dicalonkan, memang tepat sekali.

Sekian.

Basir Abdullah ialah seorang bekas perajurit

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved