ads

Ahad, 9 September 2012

10 di ranau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


! SukMa BiNtArA "Kasut dan Stokin"!: Aidilfitri <b>di Ranau</b>, Sabah

Posted: 28 Aug 2012 08:45 PM PDT

Pengembaraan di Sabah meninggalkan kesan cinta dan sayang pada negeri tersebut. Mengapa ada setengah dari kita membuat andaian buruk pada negeri lain, sedangkan beliau sendiri tidak menjejakkan kaki disana. Benarlah kata pepatah "tak kenal maka tak cinta". Tidak rugi menimba ilmu kehidupan yang merupakan ilmu pengetahuan bagi kita semua. 
Melihat di sekitar daerah Ranau, kebersihan terjaga, udara yang nyaman, penduduknya mesra, pemandangan yang mempersonakan, bukit dan gunung menjadi tiang yang utuh dan kukuh.














ceritera 8puluh kmj: Ziarah Dakwah TM <b>di Ranau</b>

Posted: 07 Aug 2012 08:56 PM PDT

Bagi meneruskan tanggungjawab sosial kepada masyarakat di negeri Sabah ini, Telekom Malaysia (TM) melalui Badan Kebajikan Islam Telekom (BAKIT) telah mengadakan Ziarah Ramadhan di beberapa kampung Pedalaman yang terletak di sekitar pekan Ranau.

Ziarah Ramadhan yang diadakan selama dua hari, pada 4 hingga 5 Ogos (15 dan 16 Ramadhan 1433H) bertumpu kepada dua kawasan utama; kawasan Matupang dan Ulu Sugut. Perjalanan pada hari yang pertama di sekitar Matupang meliputi empat buah kampung, iaitu Kg Matupang Jaya, Kg Lungkidau, Kg Tompius dan Kg Bitoon.

Perjalanan hari pertama kami ialah ke Kampung Matupang Jaya yang jauhnya 45KM daripada Pekan Ranau. Walaupun terletak di tepi jalan utama menghubungkan Kota Kinabalu ke Sandakan dan Tawau, namun keadaan surau ini agak dhaif dan usang. Atas maksud itulah, ziarah kali ini turut menguruskan penyerahan bahan-bahan binaan seperti bata, pasir, simen dan batu. Selain daripada itu, ziarah ini turut menyerahkan sumbangan barang-barang dapur dan buku-buku agama untuk kegunaan penduduk kampung.

Seterusnya, lawatan kami ialah ke Kg Lungkidau yang terletak di seberang sungai dan jalan perhubungan untuk memasuki kampung ini ialah melalui jambatan gantung. Alternatif lain, ialah menggunakan kereta tinggi (4WD) untuk menyeberang sungai yang kebetulannya cetek pada masa ini. Ziarah ini juga menyerahkan sumbangan barang-barang dapur dan buku-buku agama untuk kegunaan penduduk kampung.

Kampung seterusnya ialah Kg Tompius yang terletak tidak jauh daripada Kg Lungkidau. Dari Kg Lungkidau ke Kg Tompius, terdapat dua jalan yang boleh dilalui iaitu; melalui jalan hutan yang mengambil masa selama sejam setengah atau melalui jalan utama Kota Kinabalu - Sandakan (perlu meredah semula sungai). Ziarah ini juga menyerahkan sumbangan barang-barang dapur dan buku-buku agama untuk kegunaan penduduk kampung serta pengagihan lampu solar kepada penduduk kampung yang bertujuan membantu kanak-kanak menelaah buku di malam hari. Di kampung-kampung ini, cahaya yang menerangi di waktu malam hanyalah lampu pelita selain daripada sinar bulan dan bintang. Untuk surau dan di kalangan yang berada, tenaga solar merupakan sumber tanaga yang menjana lampu dan peralatan elektrik yang lain. Kampung terakhir untuk kembara pada 4 Ogos ialah Kg Bitoon yang terletak tidak jauh daripada Kg Tompius. Di sinilah para rombongan beriftar bersama-sama penduduk kampung sambil menyerahkan sumbangan lampu solar, barang-barang dapur dan buku-buku agama untuk kegunaan penduduk kampung. Jemaah disajikan dengan nasi berbungkus daun yang merupakan tradisi masyarakat di sini. Menu lauk istimewa ialah daging rusa dan sayur rebung segar.

Perjalanan hari kedua dimulakan ke Kg Tinotuan, yang jaraknya hanya 30KM dari Pekan Ranau... Walau bagaimanapun, masa perjalanan tidaklah sesingkat yang disangka kerana kenderaan kami terpaksa melalui jalan berbatu, berdebu dan naik turun bukit dengan kelajuan purata 30km sejam. Selepas itu, barulah kami menuju ke Kg Terawas, Kg Morungin Dua dan diakhiri di Kg Sumbilingon.

Sama seperti hari sebelumnya, ziarah ini juga menyerahkan sumbangan lampu solar, barang-barang dapur dan buku-buku agama untuk kegunaan penduduk kampung. Syukur Alhamdulillah dan berkat ziarah-dakwah Ramadhan kali ini, hasil sumbangan warga Bakit TM Sabah & warga ex-TM KL, sebanyak 112 barangan dapur, 122 helai set (telekung & kain pelikat) telah berjaya disumbangkan kepada penduduk mualaf di 5 buah kampung terpencil di Ranau, buku panduan solat wanita & lelaki, buah buku Iqra dan terjemahan Al Quran. Sebanyak 90 buah lampu solar disumbangkan juga ke 3 buah kampong iaitu Kg. Sumbilingon, Kg. Bitoon dan Kg. Tompios di Ranau. Semoga usaha ini berterusan, menjadi manfaat kepada penerima dan pemberinya serta mendapat keberkatan yang Maha Esa. Wallahu a'lam.

Tadika Astana Miri: Program Keibubapaan <b>di Ranau</b>, Sabah

Posted: 09 Jul 2012 06:19 AM PDT

Satu program Keibubapaan ' MASA ITU HANYA SEKALI' telah diadakan di SK Lohan pada 7-8 Julai 2012 bersama-sama masyarakat Kampung Lohan. Kampung Lohan terletak 9 km dari pekan Ranau.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada masyarakat dan guru di Kampung Lohan diatas layanan mesra yang diberi kepada kami semasa mengadakan program. Sama-sama kita doakan agar ilmu yang kami kongsikan diberkati Allah SWT, bermanfaat, dapat diamalkan dan seterusnya menjadikan anak-anak di Kampung Lohan anak-anak yang cemerlang, dari segi akademik dan agama mereka, membesar menjadi orang-orang yang berilmu, beramal, yang soleh dan bertaqwa. Amin.

Dalam foto ini : Cikgu Ann Lian dari Tadika Astana, Ustaz Nazri b. Abdullah, Encik Rusining Rusidi (Pegawai Pelajaran Daerah Ranau).
Pada pagi Sabtu, 7 Julai 2012 kami berada di Dewan SK Lohan untuk mengadakan 2 ceramah untuk ibubapa SK Lohan. Encik Rusining Rusidi telah merasmikan program ini dan turut bersama kami hingga tamat program - seorang pegawai yang sungguh komited dan sangat menggambil berat mengenai pendidikan kanak-kanak di kawasan Ranau. Terima kasih diatas sokongan tuan!
Ceramah kedua pada pagi itu bertajuk 'Perkembangan Menyeluruh dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak' oleh pihak Tadika Astana mengenai pentingnya penglibatan ibubapa untuk merangsangkan anak-anak mereka di rumah dari lahir dan pentingnya menghantar kanak-kanak ke prasekolah. Umur 0-5 tahun adalah peringkat yang amat 'KRITIKAL' dalam perkembangan otak kanak-kanak yang mempengaruhi 'intelligence'. Ibubapa disarankan JANGAN mengsia-siakan MASA ini . Ceramah ketiga bertajuk ' Literasi Awal' - menekan peranan ibubapa untuk menyemaikan budaya membaca dan mendidik anak-anak membaca dari dalam kandungan hingga besar, atau umur seterusnya. Beberapa aktiviti literasi awal yang boleh dilakukan oleh ibubapa dikongsikan .
Encik Jabilin Hadimin, Timbalan YDP PIBG SK Lohan memberi ucapan. Beliau turut bersama kami dari awal hingga tamat program. Terima kasih diatas sokongan tuan dan semua ahli PIBG.

BENGKEL GURU di Tabika KEMAS, Kampung Lohan
Ahad, 8 Julai 2012

Bengkel diadakan di Tabika KEMAS, Kampung Lohan dan dirasmikan oleh Encik Rusining Rusidi (PPD Daerah Ranau). Ibubapa turut hadir bersama guru-guru dari prasekolah, tabika KEMAS dan Perpaduan untuk bengkel ini yang dikendalikan oleh Cikgu Ann Lian dari Tadika Astana.
Foto : Encik Rusining b. Rusidi berucap dan merasmikan bengkel.
Cikgu Ann Lian berkongsi cara pengajaran yang digunakan di Tadika Astana. Bahagian pertama mengenai tema dan membuat 'webbing'.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved