ads

Isnin, 16 April 2012

10 di tenom - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tenom - Google Blog Search


UMNO Online - Pemuda <b>Tenom</b> Beri Galakan Golongan Muda <b>...</b>

Posted: 30 Mar 2012 12:00 AM PDT

Kategori Dari Bahagian

Pemuda Tenom Beri Galakan Golongan Muda Tubuh Persatuan Belia

TENOM, 30 Mac –  Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan bukan sahaja membantu memperkasakan pertubuhan belia yang ada di negara ini melalui pelbagai bantuan dan program namun  turut memberi galakan kepada golongan belia di negeri ini untuk menubuhkan persatuan belia di kawasan masing-masing.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Tenom, Jamawi Jaafar berkata ianya selaras dengan komitmen kerajaan agar golongan belia sebagai pemimpin pelapis pada masa akan datang dapat diperkayakan dengan daya kepimpinan dan saHsiah diri dalam aktiviti berpersatuan

"Ia merupakan langkah terbaik memperkasakan golongan tersebut sebagai aset dan meneruskan proses kesinambungan pembangunan negara pada masa akan datang," katanya  ketika berucap merasmikan penubuhan persatuan belia Tahol Kemabong di kampung Kalamatoi Kemabong dekat sini baru- baru ini

Sambil mengucapkan tahniah atas inisiatif penubuhan persatuan belia di kampung tersebut, Jamawi yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berkata, penubuhan persatuan tersebut penting bagi melaksanakan pelbagai program belia dan ini sekali gus golongan belia dapat dulibatkan dalam aktiviti yang bermanfaat  serta mampu membanteras masalah sosial yang semakin berleluasa sekarang.

Selain itu, katanya, ia membolehkan peruntukan daripada kerajaan dan pihak swasta dapat disalurkan terus kepada kumpulan sasar bagi menjayakan pelbagai aktiviti yang dianjurkan.

Menurutnya, terdapat banyak persatuan belia di negeri ini yang boleh dijadikan model kepada para pemimpin belia dalam mencapai keberkesanan kepimpinan, agar setiap persatuan yang ditubuhkan mempunyai hala tuju yang jelas.

"Kita berharap penubuhan persatuan ini tidak hanya pada nama sahaja, tetapi pelbagai program kemasyarakatan dapat dilaksanakan, demi memberi faedah kepada semua pihak," katanya.

Tambah  Jamawi  program pembangunan belia perlu dirancang dan dilaksanakan dengan sebaiknya, termasuk melibatkan aspek seperti pendidikan, ekonomi, sukan, sosial dan agama.

Jelasnya, ia bertujuan untuk membolehkan ahli persatuan lebih dekat dengan masyarakat setempat.

Berita Bertarikh 30 March 2012 (3 Minggu Lalu) Pada 3:00 PM

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved