ads

Isnin, 16 April 2012

10 di papar - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


Program Guru Penyayang <b>di</b> SK.Surati <b>Papar</b> ~ Sekolah <b>...</b>

Posted: 12 Apr 2012 07:28 AM PDT

Program Guru Penyayang telah dimulakan di Sk.Surati pada 09 March 2012. Semoga program seumpama ini dapat dijalankan dengan baik seiring dengan aspirasi kerajaan untuk menambahbaik nilai kasih sayang dan hormat-menghormati antara guru dan murid. 


Salib Belia SYD-3 kini berada <b>di</b> Paroki St. Joseph, <b>Papar</b> | Sabah <b>...</b>

Posted: 07 Apr 2012 10:13 AM PDT



Salib Belia SYD-3 kini berada di Paroki  St. Joseph, Papar. Destinasi seterusnya adalah di Paroki Blessed Sacrament, Labuan pada 14 April 2012.

PMUKM Sesi 2010-2011: UKM <b>papar</b> Ikon Negara <b>di</b> UKM

Posted: 12 Mar 2012 02:47 AM PDT

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) minggu lalu mengeluarkan senarai nama kakitangan (pensyarah) yang menjadi Ikon Negara (National Icon) di UKM.
Hebahan tersebut telah dibuat melalui papan digital dan berita di laman sesawang rasmi UKM di www.ukm.my.
Nama-nama pensyarah tersebut dipilih berdasarkan perlantikan jawatan mereka di Majlis Profesor Negara (MPN) yang diumumkan April 2010.
Antara nama pensyarah tersebut; YBhg. Prof Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri bin Baharuddin selaku Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara; YBhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan bin Ghazali (Ketua Kluster Ekonomi & Kewangan) ,YBhg. Prof. Dato' Dr. Ibrahim bin Komoo (Ketua Kluster Sumber Asli & Alam Sekitar) dan YBhg. Prof. Dato' Dr. Halimah binti Badioze Zaman (Ketua Kluster Teknologi Maklumat & Komunikasi).

Latar belakang

 
YBhg. Datuk Dr. Shamsul Amri kini merupakan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA), dan merupakan profesor dalam bidang Sosial Antropologi, Fakulti Sains Sosial & Kemasyarakatan (FSSK).

Beliau pernah menjadi Dekan FSSK (1997-1999), Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) serta Pengarah Institut Kajian Oksidential - IKON (2003-2007).


YBhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan pula kini merupakan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Hubungan Antarabangsa) yang baru dilantik awal semester tahun lalu. Beliau merupakan profesor di Fakulti Ekonomi & Pengurusan (FEP) dan telah berkhidmat dengan UKM sejak 1988.

Pada bulan April 2006 sehingga September 2009, beliau telah dipinjamkan ke Jabatan Perdana Menteri untuk mengetuai beberapa pasukan penyelidik dasar kerajaan seperti Ketua Special Consultancy Team on Globalization, National Economic Action Council (NEAC); Pengarah Macroeconomics and Investments, National Implementation Directorate (NID) dan Pengarah Malaysian Development Institute, Economic Planning Unit (EPU).

Setelah kembali ke UKM, beliau dilantik sebagai Dekan Graduate School of Bussiness (GSB), Fakulti Ekonomi & Pengurusan (FEP).

YBhg. Prof. Dato' Dr. Ibrahim pula kini merupakan Pengarah Insititut Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI-UKM) merupakan bekas Pengarah Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI). Beliau sebelum ini juga merupakan Profesor di Fakulti Sains & Teknologi (FST) dalam disiplin Kejuruteraan Geologi dan pernah menjadi Ketua Jabatan Geologi FST dari tahun 1984-1989.
Selain daripada itu, beliau pernah menjadi Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) sebelum kini digantikan  Prof. Dr. Rahmah Mohamed.

Prof Dato' Dr Halimah binti Badioze Zaman pula merupakan Profesor di Fakulti Teknologi & Sains Maklumat (FTSM) berpengalaman luas dalam bidang Teknologi Maklumat & Komunikasi.

Beliau yang mula berkhidmat dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1981 telah banyak menyumbang kepada pembangunan sistem maklumat dan pembangunan komunikasi di UKM.

Antara jawatan yang pernah disandang, Ketua ICT Niche: Content base Informatics UKM ( Ogos 2008-April 2009);  Ketua Services and Social Informatics Cluster UKM (April 2009 - kini); Ketua Visual Informatics Group UKM (Ogos 2008-kini); Ketua Visual Informatics Unit FTSM, UKM (Mac 2010-kini) ; Ketua Visual Informatics Group UKM (Ogos 2008-kini) dan Ketua Visual Informatics Unit FTSM, UKM (Mac 2010-kini).

Tahniah & syabas PMUKM ucapkan !

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved