ads

Jumaat, 9 Mac 2012

10 di tuaran - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tuaran - Google Blog Search


GAMBAR BERITA KEMALANGAN MAUT BAS PELANCONG <b>DI</b> <b>...</b>

Posted: 20 Dec 2011 04:52 PM PST

6 WARGA BRUNEI MAUT BAS REMPUH POKOK DI TAMPARULI-RANAU SABAH 20 DISEMBER 2011

Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa kemalangan maut sebuah bas yang membawa 33 penumpang dilaporkan telah hilang kawalan dan merempuh sebatang pokok di tuaran sabah semalam.

Menurut laporan bernama,kemalangan tersebut telah berlaku di jalan Tamparuli-Ranau di daerah Tuaran dan dilaporkan dua mangsa maut ditempat kejadian.

Mangsa yang maut ialah Abdul Manan Ishak, 50-an; Pengiran Zahama Zainal, 61; Dayang Norhayati Abdul Hadi, 61; Faridah, 60-an; Sapawi, 60-an dan seorang lagi mangsa wanita belum dikenal pasti.

kemalangan maut bas di tuaran

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Tan Kok Liang berkata, kemalangan berlaku pukul 3.05 petang itu menyebabkan dua mangsa maut di tempat kejadian, manakala seorang dalam perjalanan ke Hospital Tuaran dan tiga lagi ketika menerima rawatan.

Katanya, bas itu dalam perjalanan pulang dari Tamparuli ke Ranau dipercayai hilang kawalan setibanya di lokasi kejadian menyebabkan ia terbalik sebelum melanggar sebatang pokok besar di tepi jalan tersebut.

Menurutnya, polis sedang menyiasat kemungkinan bas berkenaan mengelak atau bergesel dengan sebuah van setiba di tempat kejadian.

gambar kemalangan bas di sabah

"Selain enam maut, enam lagi cedera parah, 12 orang separuh kritikal manakala sembilan lagi cedera ringan dan dalam pemerhatian pihak hospital. Pemandu bas dan kelindan bas terselamat," katanya pada sidang akhbar di sini malam ini.

Katanya, sebanyak lima ambulans dikejarkan untuk membawa mangsa yang cedera ke Hospital Tuaran dan Hospital Queen Elizabeth II untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Bas yang membawa semua pelancong dari Brunei itu dilaporkan dalam perjalanan pulang ke Kota Kinabalu, sebelum pulang ke negara mereka Jumaat ini," katanya.

Beliau berkata, polis akan bekerjasama dengan Konsulat Besar Brunei di Sabah bagi mendapatkan dokumentasi mangsa-mangsa terlibat dalam kemalangan tersebut, selain maklumat penuh daripada Jabatan Imigresen.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved