ads

Ahad, 9 Oktober 2011

10 di tenom - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tenom - Google Blog Search


SEMBANG-SUMBANG BLOGGER SABAHKINI <b>DI TENOM</b>

Posted: 12 Mar 2010 06:28 AM PST

Share

 

SUMBANG.... Sembang sumbang para blogger ini, Wahab (kiri) Halik dan Mail menunjukkan ada yang tidak kena dengan UMNO Sabah terutama di Tenom.

 

Oleh: NOOR DIANA MOHD RAZIS

HARI ini, 12 Mac 2010, bertempat di Hotel Orchid, Tenom, tiga penulis blog telah bertemu untuk berbincang dari hati ke hati mengenai senario politik semasa khususnya di kawasan Tenom terdiri daripada Halik Zaman, Mail Mathew dan Hj Wahab Timpai.

Halik Zaman selaku pendokong Biro Info & Komunikasi telah mengaturkan pertemuan dan perbincangan ini untuk memantau perjalanan politik di Tenom dan meminta pandangan dari kacamata dua orang penulis blog yang tidak asing lagi di Sabah ini.

Mail Mathew memulakan pandangan beliau dengan menyatakan bahawa jalan terbaik untuk menumbangkan UMNO/BN ialah dengan perpaduan erat sesama ahli dan kepimpinan dalam Pakatan Rakyat.

Menurut beliau lagi, pergeseran dan perselisihan faham sesama sendiri dalam Pakatan Rakyat hanyalah memberikan peluang dan ruang kepada BN untuk menang mudah di semua kawasan bandar dan luar bandar.

Oleh itu, persepakatan dan perpaduan harus diperkukuhkan demi untuk mengakhiri era dinasti UMNO/BN.  Setiap saf kepimpinan haruslah memulakan strategi perundingan dari sekarang demi untuk menjayakan misi menumbangkan UMNO/BN.

Mengambil contoh Dr Nicholas di Liawan, Keningau. Beliau telah memulakan beberapa program-program kemasyarakatan dan aktiviti-aktiviti khusus untuk beliawan dan beliawanis.

"Kita percaya dengan program-program sebegini mampu menarik lebih ramai anak-anak muda untuk mendekati PKR dan Pakatan Rakyat. Contoh sebegini haruslah di jadikan tauladan kepada semua pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang lain," ujar Mail lagi.

Bercakap mengenai penghijrahan keluar wakil-wakil rakyat PKR dan DAP, menurut Mail Mathew, ianya tidak pernah memberikan apa-apa kesan kepada penduduk setempat. Beliau menganggap mereka yang keluar dari Pakatan Rakyat hanyalah diibaratkan sebagai mandur yang lari namun pekerja masih tetap setia bekerja walaupun dengan ketiadaan mandurnya.

Halik Zaman menambah, generasi muda pada hari ini tidak seperti generasi 90-an, di mana generasi hari ini memerlukan seseorang pemimpin yang lebih berdinamik, orang muda yang intelek, berketrampilan, disegani dan prihatin terhadap rakyat. Semua kriteria ini diperlukan demi untuk menjana kemenangan pada pilihanraya yang akan datang.

Manakala Hj Wahab Timpai pula memberikan pendapatnya mengenai sistem satu lawan satu.

Menurut beliau, Pakatan Rakyat harus mula membuka ruang perundingan dengan SAPP untuk memberi laluan kepada pertandingan satu lawan satu, kerana menurut perspektif beliau, hanya inilah cara terbaik untuk mengalahkan UMNO/BN.

Pertandingan dua atau tiga penjuru hanyalah memberikan UMNO/BN peluang untuk menang dengan mudah.

Menurut Hj Wahab lagi, sebenarnya pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang ada di kawasan Tenom sebenarnya tidak begitu berpengaruh.

"Rakyat di Tenom sudah mulai hilang kepercayaan di atas kepimpinan mereka yang tidak berwawasan. Tiada pembangunan khusus yang telah di buat untuk rakyat Tenom," tegas Wahab yang kesal dengan kepimpinan 'ala pokok pisang' pemimpin UMO Tenom.

Di akhir pertemuan, kesemua penulis blog ini bersependapat hanya dengan penyatuan idea dan kerjasama serta toleransi dan komitmen yang ideal sahaja yang mampu mengubah segalanya.


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved