ads

Selasa, 11 Oktober 2011

10 di keningau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


sabahkini.net: PBT <b>KENINGAU</b> PERLU SENTIASA PEKA

Posted: 04 Oct 2011 05:53 PM PDT


Oleh: THAMPPAREQ KITOES

PIHAK berkuasa tempatan (PBT) Keningau digesa agar mengambil ikhtibar insiden yang berlaku di Kolombong, Inanam yang dilaporkan media tempatan baru-baru ini apabila seorang budak berumur lapan tahun mati lemas selepas terjatuh ke dalam lurang (mainhole) sedalam 15 kaki yang tidak berpenutup, dipercayai telah dicuri.

Gesaan itu dibuat Ketua Perhubungan DAP Keningau Dr Benjamin Yapp dalam satu kenyataan yang menyifatkannya sebagai suatu insiden terburuk pernah berlaku setakat ini.

Katanya, beliau bukan mengambil kesempatan daripada insiden itu untuk menuding jari mana-mana pihak, tetapi disebabkan faktor manusia yang tidak mengambil berat malah mengambil sikap remeh terhadap teguran pihak lain terutamanya apabila teguran itu datangnya dari pihak pembangkang.

"Setelah berlaku barulah kita sedar tentang kelekaan diri seseorang itu, tetapi apa gunanya lagi. Selain itu masalah sedemikian turut berlaku di Keningau ini. Kita juga sudah beberapa kali mengingatkan PBT di sini berkenaan lubang-lubang yang tidak bertutup masih terbiar setakat ini," tegas Dr Benjamin.

Dr Benjamin turut mengulangi beberapa gesaan parti itu kepada pihak tertentu sebelum ini yang meminta pihak terbabit agar mengambil tindakan serius ke atas satu lubang tidak bertutup atau dikenali sebagai perangkap maut di SASCO, No.40, Lorong Jati bersebelahan AMBANK dan ADIKA Commercial complex.

"Kita telah kenal pasti masalah itu bahawa sehingga sekarang masih tiada tindakan telah dilakukan, walaupun DAP telah buat aduan ke atasnya," kata beliau.

Mungkin juga pihak terbabit enggan melayani aduan DAP yang statusnya sebagai pembangkang, kata Dr Benjamin, tetapi harus diingat bahawa DAP tidak berminat menggunakan isu sekecil ini untuk kepentingan politik.

"Kami (DAP) secara ikhlas mahu melihat keselamatan awam terus terjamin daripada menjadi mangsa kelekaan seperti apa yang berlaku di Kolombong, Inanam baru-baru ini," tambah beliau lagi.

Dr Benjamin menambah, tinjauan beliau ke beberapa kawasan di Tenom mendapati keadaan masih jelas tidak berubah kerana beberapa benda tajam seperti batang besi, kepingan aluminium dan sebagainya kelihatan berselerak di kawasan tersebut.

"Kita bimbang objek ini pasti akan mencederakan pelalu lalang jika tidak berhati-hati melalui kawasan itu," tegasnya sambil mengharapkan agar pihak berkuasa tempatan mengambil sikap positif bagi setiap aduan diterima, tanpa mengambilkira status kedudukan pengadu itu.

Tambahnya lagi, DAP Pedalaman ingin melihat pihak berkuasa tempatan, khususnya Majlis Daerah Keningau mengambil sikap proaktif dalam menangani pelbagai masalah yang tidak disenangi rakyat di kawasan itu, terutama sekali pengkuatkuasaan undang- undang yang terlalu lemah.

Full content generated by Get Full RSS.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved