SUARA BEBAS <b>TUARAN</b>: MANDAT Tuntut Kebenaran Dan salah <b>...</b> Posted: 27 Aug 2011 10:05 PM PDT Baru-baru ini saya telah dihubungi oleh salah seorang sahabat lama, Haji Awang Puasa Jambul (gambar kiri) dengan tujuan berbincang untuk menubuhkan sebuah NGO berpusat di Tuaran. Namun kerana kesibukan dan komitmen yang lain, saya tidak sempat hadir dalam perbincangan tersebut.
Walau macam-mana pun, saya sahkan akan hadir pada suatu hari kelak dan mengalakkan agar meneruskan aktivi murni mereka. Dalam pada itu, saya difahamkan sahabat saya dan beberapa orang activist politik yang lain bertekad mengadakan satu masyuarat pada hari Jumaat lalu dan dilapurkan berjaya menubuhkan satu pertumbuhan NGO yang dinamakan 'Majlis Bertindak Deklarasi Suara Anak-Anak Daerah Tuaran (MANDAT)'.- Sebagai langkah pertama, masyuarat memutuskan untuk melantik saudara Marsah Muyong sebagai pengurusi penaja, NGO tersebut. Dalam pada itu, Marsah ada lah Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Tuaran, yang mendapat undi kedua terbanyak dalam pemilihan UMNO bahagian tersebut beberapa tahun lalu.
- Menurut sumber, objektif NGO tersebut, ada lah untuk mengetengahkan suara penduduk setempat dalam menuntut kebenaran dan keadilan dalam menangani masalah salah guna kuasa, kronisme serta mengukuhkan perpaduan antara penduduk pelbagai kaum.
- Semasa melancarkan pembentukan dan penubuhan MANDAT di Restoran Transit, Jalan Sulaman, Tuaran pada malam Jumaat lepas; Marsah yang juga bekas Pemaju Mukim Kawasan Sulaman menyatakan, penubuhan badan bukan kerajaan (NGO) ini adalah bertujuan agar semua pihak menyedari dan memperakui serta menghormati hak-hak dan pentadbiran kerajaan selaras dengan prinsip-prinsip demokrasi serta nilai-nilai manusia sejagat.
- "MANDAT akan menyokong dan menegakkan suatu pentadbiran yang benar-benar telus dan bertanggungjawab, cekap dan efisyen; bebas rasuah dan bebas kronisma, bersih dan ikhlas serta adil dan amanah," kata Marsah yang pernah menjadi Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) di daerah ini.
Menurutnya, dengan kelahiran MANDAT akan menjadi suara kepada penduduk setempat untuk menghidupkan dan menyuburkan perasaan saling memahami dan setiakawan sebagai satu daerah bangsa berteraskan kesaksamaan, keadilan serta maju dan sejahtera. MANDAT juga kata Marsah, akan menyampaikan kepada pihak berwajib berkaitan usaha untuk memberikan lonjakan terhadap kedudukan sosio ekonomi, pendidikan dan budaya agar dapat dilestarikan dalam kehidupan rakyat setempat dengan lebih saksama dan progresif. "Selain itu NGO ini juga akan mendukung suatu Dasar Ekonomi yang dapat meningkat dan meneruskan suatu tahap kehidupan yang tinggi untuk seluruh penduduk pelbagai lapisan,berasaskan prinsip-prinsip kesaksamaan dan seimbang selaras dengan kewibawaan dan kemampuan kewangan kerajaan yang stabil masa kini," kata Marsah lagi.- Mesyuarat penubuhan MANDAT, telah juga memilih Bekas Ketua Penerangan UMNO Tuaran, Haji Ghulabdin Enjih sebagai Setiausaha; Bekas Ahli Jawatankuasa UMNO Tuaran, Mohammad Nanti sebagai Timbalan Pengerusi; Bekas Presiden Kesatuan Sekerja Petronas Sabah, Haji Awang Puasa Jambul sebagai Bendahari; Ketua Cawangan UMNO Sentosa, Ismail Ensun sebagai Penolong Setiausaha dan Pengerusi Persatuan Bekas Angkatan Tentera Malaysia Tuaran, Rabin Haji Muatib sebagai Ketua Penerangan.
- Enam Naib Pengerusi terdiri daripada Ketua Bahagian PANSA Tuaran, Ibrahim Ali Omar (Bolong); Lamdin Gundah (Mengkabong); Rahman Husin (Simpangan); Nasip @ Awang Kahar (Mengkabong) dan Saibol Arshad (Simpangan).
- Sementara itu seramai 9 orang Ahli Jawatankuasa yang terpilih terdiri daripada Sapini Haji Kaulih (Bolong Baru); Saihun Ibrahim (Simpangan); Merusin Kuyuh (Mengkabong); Jumati Kasi (Lok Batik); Gafar Ahmad (Lok Batik); Madaim Dusul (Mengkabong); Poyok Doah (Mengkabong); Abdullah @Rasit Botor (Mengkabong) dan Deli Posob (Lok Batik).
- Marsah memberitahu beliau akan bersama dengan Ahli Jawatankuasa MANDAT Tuaran untuk mengemukakan proses pendaftarannya kepada Pendaftar Pertubuhan selepas perayaan Hari Raya tidak lama lagi.
________________________________________ Sumber: MANDAT, SabahKini, Agensi |
0 ulasan:
Catat Ulasan