ads

Ahad, 21 Ogos 2011

10 di tuaran - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tuaran - Google Blog Search


SUARA BEBAS <b>TUARAN</b>: <b>Tuaran</b> Hentikan Usaha Penanaman Padi Akibat <b>...</b>

Posted: 17 Aug 2011 05:33 PM PDT


Pada suatu ketika, Kerajaan melapurkan bahawa negara sedang berhadapan dengan fenomena kekurangan beras di seluruh negara. Termasuk negeri–negeri di Sabah dan Sarawak. Untuk itu, kerajaan perseketuan telah menghantar pakar dari institusi kerajaan saperti UPEN dan ISIS turun padang menjalankan tugas menyiasat dan seterusnya mengatur strategi untuk mendalami, memperbaiki serta menangani situasi yang dianggap serius ini.
Kerana tiada lagi berita mengenai isu ini, Jangkan saya, hal itu telah pun selesai dan negara kita tidak lagi mengalami krisis kekurangan beras sapertimana yang diwar-warkan sebelum ini. (Untuk rekod, saya pernah menghadiri taklimat mengenai masaalah kekurangan beras negara tersebut)
  • Namun, saya dikejutkan apa bila Pegawai Pertanian Daerah, Mohd Jasle Dinggle melapurkan bahawa daripada 2,868 hektar keluasan sawah padi di daerah Tuaran, hanya tinggal 1,754 hektar yang diusahakan. Kes ini melibatkan penurunan sehingga hampir 50 peratus akibat masalah kekurangan jentera pembajak daerah tersebut
  • Menurut Jasle, situasi itu semakin serius dan turut mempengaruhi jumlah pengeluaran hasil padi di seluruh daerah ini sehingga memaksa pihaknya 'mengimport' jentera dari luar daerah sebagai antara langkah menangani masalah terbabit.
  • Antara kawasan yang teruk terjejas ada lah di Kampung Indai dan Panjut (Tuaran), Tamparuli dan Kampung Linsuk (Tenghilan) juga turut terjejas.
  • Menurut Jasle selanjutnya, kini hanya sekadar 12 traktor empat roda yang memberi khidmat secara konsisten untuk memenuhi keperluan di seluruh daerah Tuaran dan dua buah traktor dua roda yang digunakan secara persendirian. Justeru, Jabatan Pertanian, terpaksa mendapatkan bantuan perkhidmatan empat jentera pembajak dari daerah Papar ke sini sebagai sokongan.
  • Beliau memberitahu terdapat kalangan petani yang memiliki jentera pembajak dua roda namun masih belum memadai kerana bukan kesemua petani berkemampuan memiliki jentera terbabit.
Mengulas perkara sama, Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tuaran, Azlee Shah Abdullah berkata ekoran masalah itu pesawah mengambil langkah sama ada berhenti mengusahakan sawah mereka atau menyewakan kepada pihak lain untuk diusahakan. Dalam masa yang sama, ramai kalangan penanam padi sebelum ini kini beralih kepada sektor lain saperti getah.Dalam hal-hal saperti ini, kita terfikir apa kah tindakan kerajaan, terutama sekali Kementerian Pertanian negeri dan juga negara demi untuk menyelesaikan masaalah kekurangan jentera pembajak di daerah Tuaran atau pun mungkin juga di daerah-daerah lain di Sabah?
Kalau sekira nya suntikan berupa bantuan tidak di salurkan kepada penanam padi di daerah Tuaran, kemungkinan besar ia nya menjalar menjadi 'change reaction.' Sehinggakan impak nya kepada pengeluaran beras di negara ini juga dijangka akan terasa.

Apa lagi, bila memikirkan bahawa dana kewangan negeri kita dikatakan kukuh sehinggakan sanggup membina pusat pentadbirannya yang bernilai RM 388 Juta (gambar hiasan kiri). Pusat yang dilabelkan sebagai sensasi, sehinggakan telah banyak mendapat tentangan pembangkang dan aktivist NGO yang lain.
Harapan kita(terutama sekali petani daerah Tuaran), agar kerajaan lebih mengambil perhatikan masaalah ini dengan sewajar nya dengan melaksanakan skim pengagihan peruntukan negeri yang seimbang.
Sumber: NST, Penanam padi Tuaran

sabahkini.net: SALAM AIDILFITRI KETUA BIRO <b>TUARAN</b>

Posted: 16 Aug 2011 09:53 AM PDT


SELAKU Ketua Biro Sabahkini.Net di Tuaran, Haji Ghulabdin Enjih dan Keluarga ingin mengucapkan Salam Aidilfitri kepada Ketua Pengarang Sabahkini.Net, serta keseluruhan wartawannya dan juga pembaca setia Sabahkini.Net di mana juga berada. Semoga Hari Raya tahun ini akan memberikan banyak kerberkatan terhadap kita sebagai penyampai suara hati rakyat.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved